<description><![CDATA[Sufi,adalah salah seorang sahabat baikku.Selepas zaman persekolahan persahabatan kami terus berkekalan.Terus terang aku cakapkan, dah banyak tempat aku pi tapi tak dak pengganti macam sufi.Sufi dan menjadi sahabat aku tatkala aku senang dan susah.Cuma yang menyedihkan kenduri dia berlangsung dalam suasana aku dalam situasi yang kurang menyenangkan.Kegembiraan aku terbantut dengan situasi aku yang tak bekerja.Banyak benda yang aku rancang tak dapat dilaksanakan.Sedih sangat aku rasa.Hari kenduri tu pun aku banyak termenung.Cuma yang menarik ialah kehadiran Azwani dan Safra serta rakan rakan lain yang menceriakan.Sayangnya wani tak dapat menyaksikan majlis akad nikah sufi kerana hujan turun dengan lebatnya.Aku pulak tak bawak kereta sebab aku selesa bermotorsikal ja untuk memudahkan pergerakkanku.Wani sampai bila hujan dah teduh.Senyumannya sedikit sebanyak menceriakan hariku.Safra pula tak dapat hadir awal kerana ada meeting.Sewaktu sufi dan suami bertukar pakaian..Wani duduk di sebelahku dan membelek video dan gambar yang aku dah shoot.Terasa seperti suasana sewaktu kami bersekolah dulu.Dulu Azwani dan Sufi sering menemaniku di Kantin pada waktu petang sambil menelaah pelajaran.Kami sering berbincang dan bersembang seperti itu.Tak sangka hari ini aku akan mengalaminya lagi.Seperti mimpi juga aku rasa sebab dulu kami sering berbincang tentang fantasi majlis perkahwinan masing masing.Hari ini sufi telah selamat diijabkabulkan dengan Shahril seorang jejaka Perlis.Walaupun Jejaka ini muda 2 tahun dari kami tetapi dia begitu penyayang.Dia sangguh menempuh pelbagai dugaan sewaktu bercinta dengan Sufi.Hari ini dia telah membuktikan cintanya dengan satu ikatan yang cukup kudus.Sewaktu Wani membelek video yang aku ambil, fikiranku melayang mengenangkan kenangan kenangan lama kami di sekolah yang hanya beberapa puluh meter sahaja dari rumah Sufi.Majlis hari itu cukup ceria walaupun sederhana.Paling menarik aku telah pun datang beberapa hari sebelum itu untuk menyaksikan pelamin yang digubah sendiri oleh Sufi.Masa begitu cepat berlalu..Sedar tak sedar 9 tahun berlalu dengan sekelip mata.Petang itu sebelum pulang aku terfikir kemana pula arah hidup aku selepas ini.
<description><![CDATA[Hari ini adalah hari Pekerja.Maka seluruh Malaysia cuti untuk merayakannya.Hari ini juga genap sebulan aku kehilangan "kerja".Dalam kebuntuan mencari kerja lain aku gagahkan juga untuk hadir ke majlis ini.Aku anggap diri aku ni "berpencen" seketika dari kerja walaupun hakikatnya hati ini resah mengenangkan diri yang terpaksa survive dengan wang simpanan yang aku tak tahu berapa lama dapat bertahan.Seperti warga warga pencen yang lain adalah lebih baik aku melakukan aktiviti berbentuk keagamaan bagi menghilangkan perasaan kosong dan kesunyian akibat tiada kerja ini.Maka majlis khemah ibadah dan juga pengurusan jenazah ini amat sesuai dengan aku.Sebenarnya, aku ni adalah ahli seumur hidup kelab prostar kulim.Kali ini Prostar kulim dengan kerjasama ADTEC Kulim mengadakan khemah ibadah untuk pelajar tingkatan 5 sekolah di sekitar Kulim dan juga bengkel pengurusan jenazah di ADTEC Kulim.Ramai juga pelajar sekolah yang hadir.Majlis bermula semenjak hari khamis dan berakhir pada pagi jumaat.Pada hari khamis majlis perasmian dilakukan oleh Pegawai Agama Daerah Kulim.Turut dijemput ialah akhbar sinar harian untuk membuat liputan.Hari pertama para peserta di beri pelbagai maklumat mengenai HIV/AIDS serta pengalaman Penolong Pegawai Persekitaran atau Inspektor Kesihatan menguruskan jenazah pesakit AIDS.Memang menarik khursus ini.Sebelum ini semasa bertugas di HPP memang aku sedia maklum yang jenazah pesakit AIDS akan diuruskan oleh IK.Pada majlis itu juga pegawai agama daerah kulim menerangkan mengenai semakin kurangnya orang yang boleh menguruskan jenazah sehinggakan kini telah wujud sebuah syarikat dengan nama E-Jenazah.com untuk menguruskan jenazah umat islam di bandar bandar.Rasanya lepas ni bukan sahaja kenduri yang buat catering  atau syarikat tapi jenazah pun sama.Tak lama lagi syarikat syarikat pengurusan jenazah akan berebut rebut peluang menguruskan jenazah seperti mana lazim yang aku lihat di HPP apabila ada mayat cina meninggal.Masa itu la tokey tokey Long akan berebut memujuk waris si mati.Entahlah, aku berdoa moga perkara ini tidak berlaku kepada Umat Islam di Malaysia yang semakin tebal dengan sikap Kekitaan dan semakin nipis semangat persaudaraan.Kini semuanya memerlukan wang.Dari kelahiran hinggalah kematian..Wallahualam... 8-) 
<description><![CDATA[Aku di jemput oleh geng bola jaring untuk shoot depa.Kebetulan pulak ILP Kepala Batas ni tak jauh dari rumah aku.Jadi senang la aku pi dengan motor jer.Masa nak masuk bukan main lagi aku bersoal jawab dengan Pak Guard yang meragui siapakah aku.Puas aku terangkan yang aku ni wakil dari ADTEC nak shoot.Dia pulak siap pi buat check dengan pejabat pasai aku.Mana nak ada nama aku.Aku bukan staff dan aku bukan juga student.Aku cuma X Student.Nasib baikla ada sorang staff ILP kepala batas yang benarkan aku masuk.Terus aku pecut ke Padang.Masa lalu depan dewan aku dengar nama aku dipanggil.Rupanya En.Mud panggil aku.Pi sat kat dia sebelum dia bagitau yang dia nak hadiri majlis perasmian.Aku lepak kat padang tapi depa lambat lagi nak main.Dok Warming up lagi.Aku keluar dan bersarapan di Bertam.Masuk balik dan shoot bebudak bola jaring main.Tapi sayangnya team ADTEC Kulim kalah.Kami beralih ke team bola tampar.Mulanya menang tapi last kalah juga.Apapun bila terjumpa En.Rombau aku makin menggila shoot gambar.Dia pun buat aksi gila gila shoot.Siap meniarap la apala.Hehe.Pada kejohanan ni aku berjumpa dengan ramai juga staff ADTEC lama antaranya Pn Hana.Makin tembab dia.Dulu slim gila.Tapi muka dan lawaknya masih sama.Rasa cam sat jer dulu dia dok marah aku kata aku ni tak tahu bersyukur.Ayat selalu dia kata "bersyukur bob".hehe.Satu lagi dia selalu membahasakan dirinya orang.Bila dia cerita orang penah jatuh motor aku selalu buat lawak.La...orang yang jatuh bukannya Cik.Sedar tak sedar dia dah ada anak berapa orang dah..Yang paling best pada majlis ni pun terjumpa beberapa orang budak ADTEC yang kini telah bergelar Penolong Pegawai Vokasional.Majlis berhenti untuk solat jumaat.Aku lepak sat dalam bilik En.Mud sambil cerita pasai........yat..
<description><![CDATA[Hari ini genaplah sebulan aku menganggur.Dalam kekecewaan dan rasa keliru aku gagahkan diri untuk ke ADTEC.Aku dah janji nak sambut birthday Hayati.Sebenarnya birthday dia kelmarin tapi aku tangguhkan untuk celebrate hari ini sebab kelmarin En.Mud tak dak.Kang tak dak Mood plak nak sambut.hehe..Aku ke Pizzahut kat kulim dan mencari pizza seperti yang dah aku janjikan.Nak pilih pizza pun kena berhati hati sebab En.Mud tak makan ayam atau daging.Kalau orang tak makan sayur orang panggil vegetarian.Tak makan daging orang panggil meatitarian kot.Hehe.Jadi pilih punya pilih aku terpilih Thai punya seafood pizza.Kemudian awek pizza tu dok pujuk kononnya promotion beli dua save 20 ringgit.Aku pun beli la satu lagi pan.Lagipun memang murah kan.Hehe.Bukan selalu.Aku pun dah lama tak makan pizza.Sampai di sana Yati tak da.Dia ke kuarters nak ambil makanan katanya.Kemudian dalam pukul 2 lebih dia pun sampai dan bawak makanan sume.Kami pun susunla semua makanan tu dan start makan.Tak dak sapapun yang mai kecuali aku,En.Mud,En.At , Ida dan juga Yati.En.Hezri selaku ketua pusat sumber tak dak pulak.Kami pun makan la ramai ramai kat dalam bilik jamuan VIP.Hehe.Rasa cam VIP pun ada.Aku tak tau nak hadiahkan apa kat yati ni so aku hadiahkan dia frame sama gambar compilation yang aku buat.Dia dah lama mengidam nak gambar konvo dia dan kebetulan aku berjaya dapatkan gambar konvo dia setelah meredah perjalanan sejauh 300KM untuk dapatkannya daripada kak dia kat sana masatu.Actually bukan meredah pun aku pi convo adik aku dan langsungla dapatkan pendrive tu dari Kak dia.Apapun selamat hari jadi buat Hayati.Yang best dia dapat hadiah kek yang dibuat oleh seorang chef yang ada "hati" kat dia.Untung Hayati dapat abang chef no..hehehe..jangan marah..yati no..
<description><![CDATA[Ayah aku bagitau yang Kak tiri aku ni nak akad nikah pada 15 mac.Aku pun siap siap nak shoot.Akad nikah buat kat masjid padang serai.Sebaik aku sampai situ aku tengok dah ada OP kat situ.Aku pun jadi malas nak shoot sebab dah ada Official Photographers.Kang dia marah ka kecik ati ka.hehe..Apapun aku shoot la sikit-sikit.Sembang gak dengan OP aritu.Bila majlis dia nak mula bos dia mai.Siap bawak kamera video 3CCD lagi.Dia pakai nikon besar.Bawak mai strobe lagi sama softbox pasang dalam masjid.Kecik jer aku rasa.hehe.Pada 21 hb pulak aku saja saja la shoot buat kenang kenangan.Sebenarnya aku pi nak bantu angkat barang pa sume.Lepas selesai angkat barang baru aku start shoot.Malas aku nak overexpose sebab aku tak berapa rapat sangat dengan kak Tiri aku ni.Ntahla bukan aku berlagak tapi aku jadi cam kaku dengan famili tiri ni.Dengan adik aku depa rapatla.Dalam majlis kenduri ni pun dia da OP dia sendiri yang merangkap jurumekap.Aku respect gila bro ni.Sambil shoot sambil makeup.Lain dari yang lain.Hehe.Apapun layan dulu 2,3 keping gambar yang aku shoot sebagai jurugambar orang kampung.
 LOL 
<description><![CDATA[Masa begitu cepat berlalu.Dalam kesibukan hidup ni dan dalam keserabutan diri yang akan dibuang kerja, aku diberitahu yang Safra akan bertunang.Siti Safra adalah salah seorang sahabat yang paling rapat denganku.Juga salah seorang "anak"ku.Sungguh tak di sangka dalam diam dia menjalin cinta dengan seseorang.Berbanding Sufi yang memperkenalkan bakal tunangnya, Safra memilih untuk mendiamkan diri.Tup tup dah bertunang dia hari ni.Katanya orang Sungai Petani.Aku ingin pi awai ke rumah dia tapi bila aku tanya ada ka orang laki dia kata tak dak.Aku dok fikir kalau aku pi mau aku jadi kera sumbang.Yala yang mai semua perempuan nanti aku sorang sorang dok kat situ. Bila sufi SMS aku baru aku tau yang Ray pun mai sama.Ray dok lepak di luar.Ish, kalau la aku tau mau aku pi awal awal lagi.Aku pun terkocoh kocoh pecut ke rumah Saf.Bila aku sampai depa semua dah abis makan.Dah nak balik dah pun.Aduh..aku ni memang ketinggalan sungguh.Aku pun tak sempat nak shot banyak banyak.Cuma 6 keping ja.Apapun selamat bertunang buat Safra.Moga cepat naik pelamin.
Dah lama aku tak update entry.Dah penuh sawang fotopages aku ni.Bukannya world wide Web tapi dah macam spider Web.huhu.Aku sebenarnya tengah dalam mode kecik ati sebab ada orang sentot dengan aku pasal gambar ni.Ntahla, kadang kadang rasa macam dah malas nak ambil gambar ni.Payah.Orang tak faham pasal aku.Sifat kreatif aku bukannya boleh dipaksa paksa.Sebab tu aku tak boleh ambil bayaran.
Em.Malas aku nak bebel kat sini.Meh cita pasal cita best sket. Azlan ni sebenarnya dulu ketua murid kat Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu.Sebenarnya aku yang dioffer oleh pengetua untuk jadi Ketua pelajar.Tapi aku tolak sebab aku rasa Azlan lebih layak.Lagipun dia dah lama jadi pengawas.Aku ni tak penah jadi pengawas sebab di SMKGP aku jenis low profile.Lagipun aku nak jadi ketua editor.Jawatan yang membolehkan aku terlibat dengan kerja kerja ambil gambar dan juga editing. Kat sekolah kami rapat sebab Lan ni terlibat dalam operation Abang Best.Kami panggil dia Mat Be. Atau Lan Besi.
Lepas lama lost contact kami berjumpa balik masa reunion yang dibuat oleh Wani.Pastu selalu pula terjumpa dia masa mak dia masuk Wad hospital seberang jaya.Akhirnya dia bertemu juga jodoh dengan sorang awek kat Permatang Janggus ni. Masa akad nikah dia call aku.Nak aku ambilkan gambar.Aku ok jer sebab tak dak hal. Cuma masa akad nikah tu majlis tertangguh hampir 2 jam sebab Lan lupa hantar surat appointment kat Tok Kadi.Apapun alhamdulilah majlis selesai dengan selamatnya.
Kenduri belah perempuan aku tak pi sebab abang angkat si perempuan tu yang ambil gambar dan video.Abang angkat dia buat bisness gambar kenduri ni.Cuma syok sebab dia tak rasa aku ni ancaman.Tu yang aku boleh bekerjasama.
Tapi kenduri belah lelaki aku pi la.Cuma aku sampai agak lewat.Masa aku sampai dia baru ja lepas sanding.Hujan pula turun dengan lebat.Bila aku masuk abang angkat pengantin perempuan dan kawan dia dok sibuk shoot.Aku diajak join sekali.Aku pun ajar la apa apa skil yang aku tau.Depa teruja belajar dengan aku.Huhu.Tak sangka pula aku boleh jadi tukang ajar sedangkan aku cuma jadikan benda ni hobi je.Apapun memang menarik photoshoot haritu.Cuma tak syoknya kami tak dapa bawak pengantin shoot kat air terjun junjung sebab Hujan turun dengan lebat.]]></description>
<description><![CDATA[Ida adalah seorang juruteknik komputer di ADTEC Kulim.Dia dah lama bercinta dengan orang Perlis.Setelah lama bercinta akhirnya pihak lelaki menghantar rombongan untuk meminang Ida.Yang aku tau tunang dia ni namanya isya.Aku tataula nama penuh dia apa.Aku pula pada hari dia bertunang pada mulanya pi ADTEC.Kononnya Alumni nak buat meeting.
Tapi setelah puas menunggu sapa pun tak turun.Marah punya pasai aku balik dan berenti kat Nasi Ayam Periuk Besar.Aku tibai makan nasi ayam madu.hehe..pastu baru pi rumah Ida.Tengok tengok rumah dia pun buat kenduri ala ala kenduri kawin.Em lani kalau nak bertunang pun mai terbang ribu ribu gak.Dia pun siap buat baju khas untuk bertunang.Masuk terus nampak En.Mud dan En Shamsul sedang shooting.En Shamsul amik video.En mud plak amik still.Aku pun join la depa.Memang naik mood aku nak shoot sebab ada En Mahmud.hahaha.Sapa kata En Mahmud tak bleh naikkan mood?? Kami lepak sampai petang kat rumah Ida sebab dia buat dua persalinan.Nak makan pun dah tak boleh sebab perut dan kenyang.Last aku makan Pulut Kuning dengan gulai ayam.Huhu.Rasa cam zamna dulu dulu plak.Majlis ditutup dengan burdah dan juga majlis cukur jambul anak kak Ida....Apapun tak lama lagi Ida akan di ijab kabulkan dengan orang Simpang Empat Perlis.Aiii makin bertambahlah senarai aku melawat perlis.Tataula pasai pa aku asyik nak kena pi negeri keramat ni.Dah la ada orang negeri tu benci aku sangat sangat...Aihh bagai dirobek robek hati aku bila masuk negeri tu....
asik2 hayati....HAYATI mana pulak....
Kalau dapat peluang terus tekel saja, jangan nak pantun2 lagi...
nanti prust pulak.... 
Setelah kena sound dengan Cikgu Fouzi lepastu dengan kawan baikku Sufi maka kali ini akan ku tunjukkan siapakah gerangan si dia.Jeng Jeng.Haha.Jangan salah sangka dengan ayat ni.Sebenarnya ramai dok tanya pasai pa semenjak dua menjak ni saya menggunakan entry Hayati sebagai permulaan.Bagi yang peka senang ja depa tangkap.Cikgu Fouzi kata saya ni berkenan kat Hayati.Sufi pun sama.hahah.Sebenarnya kisah Hayati ni agak panjang.Sebenarnya saya tak dak la ada apa apa perasaan diluar jangkauan saya sebagai peminat foto.Selain belajar dari bacaan dan juga pertanyaan kepada orang-orang berpengalaman saya berguru dengan salah seorang sahabat saya bernama Anwar Faiz atau nama penanya Papaiesz.Dia merupakan rakan sekolah dahulu.Bezanya dahulu dia di kelas akaun mana kala saya di kelas sains.Setelah begitu lama terpisah kami bertemu semula dapat majlis perjumpaan semula di SMK Guar Perahu beberapa tahun yang lalu.Kebetulan pada masa itu saya baru membeli kamera saya sekarang.Dia pula pada waktu itu telahpun tamat belajar di dalam bidang seni foto ini dan sedang bertugas sebagai jurugambar akbar The Sun.Semenjak itu saya sering bertanya kepadanya beberapa tips dalam mengambil gambar dan sering juga bertukar tukar pengetahuan dalam bidang ini.
Sepanjang itu saya sering meneliti laman fotoblognya dan saya dapati terdapat seorang gadis yang menjadi sumber inspirasi dan pendorongnya.Setelah saya menyiasat rupanya gadis itu adalah makwe dia.huhu.Nama gadis itu pula adalah "Hayati".Banyak gambar gadis ini yang diambil rakan saya itu amat menarik perhatian saya.Teknik tangkapan dan juga editing dia buat saya bersemangat untuk menghasilkan potret potret seperti itu.
Bila saya bercerita dan bertanya kepada papaiesz, dia berkata.Cuba hang cari "Hayati" versi hang.Semenjak itu saya mencari seseorang bernama "hayati" untuk di jadikan model dalam penghasilan foto ala ala "hayati" papaiesz.Akhirnya awal tahun lepas seorang staff baru melapor diri di ADTEC Kulim.Staff ini bernama Norhayati.Dia menggantikan tempat kak nani pembantu perpustakaan ADTEC Kulim yang kini naik pangkat dan ditempatkankan di Politeknik Seberang Perai.Sepanjang mencari gambar terbaik itulah saya mula menggunakan perkataan "Hayati" di setiap depan entry blog saya ini.Jangan salah sangka.Hayati ini bukan awek saya tapi dia adalah awek kepada seseorang.Untungla pakwe dia.Huhu Jadi jangan anggap saya angau kepadanya.Kalau angau pun hanyalah angau untuk memotret gambarnya supaya menjadi mirip kepada "Hayati" veris Papaiesz.Kepada pakwe Hayati.Harap jangan marah atau jeles.Saya cuma amik gambar sahaja.Bukannya nak mengambil hati dan perasaannya.Hehehe.. LOL  Dan dengan ini maka berakhirlah entry saya bertajuk "Hayati"
 LOL ]]></description>
<description><![CDATA[Pagi ni aku bangun lebih kurang pukul 6 pagi.Suasana amat sejuk.Lepas mandi aku ke tempat masak.Nampak beberapa orang budak sedang sibuk memasak.Yati dan Ida masuk sambung tidur.Mungkin depa terlalu letih.Aku pun just tengok bebudak tu masak.Depa dok kalut masak bihun goreng.Sekali aku tengok nak pegang belanga pun tak bersungguh aku suruh ke tepi sebab nak bagi aku gaulkan bihun tu.Sekali rasa, tawar da...jenuh aku dok tambah perencah.Last last aku kata biarla aku masak.Aku cuma suruh depa sediakan bahan bahan je.Aku buat bihun goreng biasa sebelanga.Kemudian aku buat bihun singapore sebelanga lagi.Lepas siap masak semua aku pun bedalla.Kemudian aku dok kejan Yati dengan Ida supaya cepat bersiap.Aku pula dok shoot gambar pegarah buat majlis penutup.
Depa lambat dok bersiap,Aku pula target dalam pukul 9 pagi dan bertolak balik.Bukan sebab apa.Depa ni rancang nak berhenti merata.Kalau lambat,jalan jem jenuh la aku..Dekat pukul 10 kami bertolak balik.Mulanya singgah di pasar pagi Brinchang.Puas juga depa dua bershopping.Kemudian ingat nak singgah di Strawbery Farm tapi melihat jumlah kereta yang merangkak nak kesitu.Aku batalkan hasrat itu.Sampai ke Kea Farm pun kereta merangkak.Lepas situ baru lah ok jalan.Kami singgah di Cameron Bharat plantation untuk beli teh dan bergambar.Kemudian terus turun ke bawah.Nak bagi depa tak boring aku bawak depa ronda kuala kangsar.Puas juga depa merewang kat kuala ni.Lepas tu kami balik ikut jalan biasa sampai la ke Parit Buntar.Singgah makan di sana sebelum bertolak menghantar Ida ke rumah dia.Lepastu hantar Yati pula balik.Em masa kami sampai pakwe Kak Yati iaitu Shahril berada dirumah dia.So aku pun lepak la situ sembang sembang.Sporting gak pakwe cikgu Aznida ni.huhu.Dekat pukul 11 malam aku minta diri dan beransur pulang.