Sufi,adalah salah seorang sahabat baikku.Selepas zaman persekolahan persahabatan kami terus berkekalan.Terus terang aku cakapkan, dah banyak tempat aku pi tapi tak dak pengganti macam sufi.Sufi dan menjadi sahabat aku tatkala aku senang dan susah.Cuma yang menyedihkan kenduri dia berlangsung dalam suasana aku dalam situasi yang kurang menyenangkan.Kegembiraan aku terbantut dengan situasi aku yang tak bekerja.Banyak benda yang aku rancang tak dapat dilaksanakan.Sedih sangat aku rasa.Hari kenduri tu pun aku banyak termenung.Cuma yang menarik ialah kehadiran Azwani dan Safra serta rakan rakan lain yang menceriakan.Sayangnya wani tak dapat menyaksikan majlis akad nikah sufi kerana hujan turun dengan lebatnya.Aku pulak tak bawak kereta sebab aku selesa bermotorsikal ja untuk memudahkan pergerakkanku.Wani sampai bila hujan dah teduh.Senyumannya sedikit sebanyak menceriakan hariku.Safra pula tak dapat hadir awal kerana ada meeting.Sewaktu sufi dan suami bertukar pakaian..Wani duduk di sebelahku dan membelek video dan gambar yang aku dah shoot.Terasa seperti suasana sewaktu kami bersekolah dulu.Dulu Azwani dan Sufi sering menemaniku di Kantin pada waktu petang sambil menelaah pelajaran.Kami sering berbincang dan bersembang seperti itu.Tak sangka hari ini aku akan mengalaminya lagi.Seperti mimpi juga aku rasa sebab dulu kami sering berbincang tentang fantasi majlis perkahwinan masing masing.Hari ini sufi telah selamat diijabkabulkan dengan Shahril seorang jejaka Perlis.Walaupun Jejaka ini muda 2 tahun dari kami tetapi dia begitu penyayang.Dia sangguh menempuh pelbagai dugaan sewaktu bercinta dengan Sufi.Hari ini dia telah membuktikan cintanya dengan satu ikatan yang cukup kudus.Sewaktu Wani membelek video yang aku ambil, fikiranku melayang mengenangkan kenangan kenangan lama kami di sekolah yang hanya beberapa puluh meter sahaja dari rumah Sufi.Majlis hari itu cukup ceria walaupun sederhana.Paling menarik aku telah pun datang beberapa hari sebelum itu untuk menyaksikan pelamin yang digubah sendiri oleh Sufi.Masa begitu cepat berlalu..Sedar tak sedar 9 tahun berlalu dengan sekelip mata.Petang itu sebelum pulang aku terfikir kemana pula arah hidup aku selepas ini.
salam ramadhan dan salam hari kebangsaan
Alhamdulillah..Bob dah mengangkat senjata dan beraksi semula..
setiap manusia punya cita-cita dan harapan..mesti ada hala tuju sendiri untuk masa depan..sebagai rakan kita cuma mendoakan kebahagiaan mereka
re; ALhamdulillah, sejak ikut ESQ rasa tenang sikit..sebab percaya Allah lebih dekat dari urat leher kita..
Sun 30-Aug-2009 05:58 Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com - [Link]
Nostalgia mengusik jiwe ler tu.......!!??? TAbahkan hati.....Tiap yg mula akan berakhir....(alleyCat)