Want your
own Fotopage?











 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 1-May-2009 18:53 Email | Share | Bookmark
Khemah Ibadah dan Pengurusan Jenazah PROSTAR & ADTEC Kulim

 
 
 
 
 
Hari ini adalah hari Pekerja.Maka seluruh Malaysia cuti untuk merayakannya.Hari ini juga genap sebulan aku kehilangan "kerja".Dalam kebuntuan mencari kerja lain aku gagahkan juga untuk hadir ke majlis ini.Aku anggap diri aku ni "berpencen" seketika dari kerja walaupun hakikatnya hati ini resah mengenangkan diri yang terpaksa survive dengan wang simpanan yang aku tak tahu berapa lama dapat bertahan.Seperti warga warga pencen yang lain adalah lebih baik aku melakukan aktiviti berbentuk keagamaan bagi menghilangkan perasaan kosong dan kesunyian akibat tiada kerja ini.Maka majlis khemah ibadah dan juga pengurusan jenazah ini amat sesuai dengan aku.Sebenarnya, aku ni adalah ahli seumur hidup kelab prostar kulim.Kali ini Prostar kulim dengan kerjasama ADTEC Kulim mengadakan khemah ibadah untuk pelajar tingkatan 5 sekolah di sekitar Kulim dan juga bengkel pengurusan jenazah di ADTEC Kulim.Ramai juga pelajar sekolah yang hadir.Majlis bermula semenjak hari khamis dan berakhir pada pagi jumaat.Pada hari khamis majlis perasmian dilakukan oleh Pegawai Agama Daerah Kulim.Turut dijemput ialah akhbar sinar harian untuk membuat liputan.Hari pertama para peserta di beri pelbagai maklumat mengenai HIV/AIDS serta pengalaman Penolong Pegawai Persekitaran atau Inspektor Kesihatan menguruskan jenazah pesakit AIDS.Memang menarik khursus ini.Sebelum ini semasa bertugas di HPP memang aku sedia maklum yang jenazah pesakit AIDS akan diuruskan oleh IK.Pada majlis itu juga pegawai agama daerah kulim menerangkan mengenai semakin kurangnya orang yang boleh menguruskan jenazah sehinggakan kini telah wujud sebuah syarikat dengan nama E-Jenazah.com untuk menguruskan jenazah umat islam di bandar bandar.Rasanya lepas ni bukan sahaja kenduri yang buat catering atau syarikat tapi jenazah pun sama.Tak lama lagi syarikat syarikat pengurusan jenazah akan berebut rebut peluang menguruskan jenazah seperti mana lazim yang aku lihat di HPP apabila ada mayat cina meninggal.Masa itu la tokey tokey Long akan berebut memujuk waris si mati.Entahlah, aku berdoa moga perkara ini tidak berlaku kepada Umat Islam di Malaysia yang semakin tebal dengan sikap Kekitaan dan semakin nipis semangat persaudaraan.Kini semuanya memerlukan wang.Dari kelahiran hinggalah kematian..Wallahualam...


kursus yang sangat baik untuk generasi terkini...
re:bila gaji dah berkurang ni pada Allah sahaja tempat mengadu
Sun 2-Aug-2009 02:57
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
bro, saya pun tak tau nak kata apa, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. tapi saya rasa dalam keterdesakan ini kepala otak biasanya akan lebih aktif berfikir demi kelansungan hidup.


Entryku kali ini

Sampah sarap bertabur di jalan
Kutip semua masuk ke keranjang
Pandai buat kotor pandailah bersihkan
Tak perlu suruh, semua dah besar panjang
Tue 4-Aug-2009 04:52
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.