|
|
| Tuesday, 24-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Raya Di Bilik Daftar Masuk Hospital Pulau Pinang
|
|
Hari raya tahun ini adalah hari raya terakhir di bilik daftar masuk ini kerana selepas hari raya ianya akan dipecahkan untuk kerja kerja naik taraf.Pagi itu selepas solat sunat hari raya aku bertolak ke HPP.Kemudian ditemani Kak Mila kami ke rumah Kak Ton untuk dapatkan makanan yang dimasak istimewa oleh Kak Ton.Sungguh sedap juadah hari ini.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 19-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Satu Catatan Perjalanan Ke Perlis
|
|
Pada hari ini aku ke perlis untuk membeli belah.Sebagai orang "besar" Padang Besar, Perlis adalah syurga membeli belah buat diriku.Kebetulan pula,pada hari ini salah seorang kakak yang begitu baik denganku, iaitu Kak Mila pulang bercuti di kampung.Jadi kesempatan ini aku ambil untuk melawat rumahnya sebagai persediaan untuk menghadiri kendurinya pada bulan 12 nanti.Petangtu selepas lepak dan membeli belah di pasar ramadhan di Kuala Perlis, aku memberhentikan keretaku di tepi Perlis Power Plant untuk berbuka puasa.Memang cantik pemandangan di sini pada waktu malam.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 17-Sep-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Akad Nikah Azira Ismail
|
|
Hari ini secara rasminya Azira dinikahkan dengan Shahril yang menjadi tunangannya sejak 5 tahun yang lalu. Aku cukup respect depa dua ni sebab cinta depa ni tetap utuh walaupun diuji dengan pelbagai cubaan sepanjang pertunangan depa.Aku doakan depa berkekalan hingga akhir hayat
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 31-Aug-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari Di Kuala Kangsar Bersama Syidah Dan Fazlina
|
 |
|
He he First time naik keta dengan Awek orang
|
|
 |
|
On The Way Ke Trong
|
|
 |
|
Gambar yang menimbulkan kontroversi (Seni@Gatai?)
|
| | View all 10 photos... |
|
Kelmarin Syidah datang dan meninggalkan kepada aku kad memori kameranya.Katanya dia tak boleh gunakan kad memorinya.Setelah aku menyiasat barulah aku tau yang dia pernah hantar kad tu ke kedai untuk mencuci gambar.Aku syak memori itu dijangkiti virus.Aku bawak kamera aku petang itu dan berjaya menformat memori bermasalah tersebut.Nasib baiklah kamera aku dan syidah menggunakan jenis memori kad yang sama dengan kamera aku iaitu XD Card.Pagi ni syidah mai ke hospital untuk mengambil memori tersebut.Dia beria ia mengajak aku ke Kenduri Liana.Pada mulanya aku berat hati tetapi setelah memikirkan beberapa ketika aku bersetuju.Aku duduk dibelakang seolah seorang Dato.Syidah pelik melihat perangai aku dan mengajak aku duduk di sebelahnya.Tapi aku sebenarnya malu.
Kami ke Seberang Jaya menjemput Fazlina.Punyala lama kami menunggu Faz.Akhirnya kami bertolak.Sekali lagi kami berenti di hentian rehat Juru menunggu Kak Kiah sekeluarga.Kami kemudiannya bertolak ke Trong.Sampai di pekan Trong kami berpecah.Aku menyuruh Syidah menggunakan jalan lama Trong manakala Kak Kiah dan suami menggunakan Jalan baru Trong.Kami agak bangga kerana sampai dahulu.Kami menunggu Kak Kiah.Selepas itu kami makan bersama dan berjumpa dengan Liana.Ambil beberapa keping gambar.Syidah mengajak kami ke Kuala Kangsar.Dia mengajak kami menghadiri kenduri bekas buah hatinya.Puas juga kami menasihatinya.Akhirnya dia membawa kami ke Kuala Kangsar.Di sana dia membawa kami melewati rumahnya dahulu. Dia juga membawa kami ke sekolah-sekolah yang pernah dia belajar.Kemudian ke rumah bekas buah hati yang begitu melukakan hatinya.Kami seterusnya di bawa ke lembah Kuala Kangsar untuk menikmati Laksa Kuala Kangsar dan membeli sedikit cendera hati.Aku membeli sebiji labu sayung besar dan beberapa biji labu sayung kecik sebagai hadiah kepada petugas BDM.Hari ini cukup istimewa kerana hari ini secara rasmi aku "merdeka" untuk ke BDM.Hari kebebasan dari konflik.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 2-Apr-2006 06:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malam "Retreat" Hospital Pulau Pinang
|
|
Em, pada malam ni depa semua pakat pi majlis retreat yang di anjurkan oleh Jabatan Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pulau Pinang. Pada malam ni juga berlaku perkara yang tak diduga terhadap diriku.Walau macammana pun keesokkan harinya aku masih dapat menyampaikan hadiah hari lahir buat Hafezudin
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 25-Mar-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sehari Di Hutan Lipur Bukit Pancur Dan Air Terjun Batu Hampar
|
|
Hari ni Man dan Bakar akan membawa aku melawat kawasan perkampungan mereka.Aku ke rumah Bakar dulu di Permatang Pauh.Kemudian kami bertolak ke rumah Man.Mula-mula kami ke hutan Lipur Bukit Pancur yang terletak tidak jauh daripada rumah Ayah Bakar.Cantik juga kawasan ini dan sesuai sekali untuk perkelahan.Walaubagaimana pun air yang mengalir di sungai di dalam kawasan ini kurang dan tak seronok untuk bermandi manda.Kemudian kami ke air terjun Batu Hampar,di Air Putih Serdang Kedah.Memang best kawasan ini.Puas la kami berendam sebab tak banyak orang haritu.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Nov-2005 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Empangan Bukit Merah dan perjalanan ke Bukit Merah
|
 |
|
Pemandangan Empang Bukit Merah
|
|
 |
|
Seluas mata memandang
|
|
 |
|
Tebing Empangan Bukit Merah
|
| | View all 5 photos... |
|
Hari ini aku ke rumah Azira untuk berhari raya.Kemudian aku mengambil kesempatan untuk menijau sekitar kawasan empangan Bukit Merah.Apabila sampai saja ke stesen Keratapi Bukit Merah aku berpatah balik.Tujuan utama ke sini adalah untuk meninjau jalan untuk ke Kenduri Rohaya nanti.Kemudian aku balik menggunakan jalan Kuala Gula.Aku singgah sebentar ke Kuala Gula yang terkenal sebagai tempat bagi pencinta burung migrasi.Rupanya ada resort di sini.Sayangnya pejabat pameran burung migrasi dibawah seliaan Jabatan Perhilitan ditutup hari ini kerana cuti umum.Kalau tak bolehla tengok pameran mengenai burung migrasi di sini.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 30-Sep-2005 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pusat Konservasi Tuntung, Bota Kanan
|
 |
|
Tuntung-tuntung berehat di tepi kolam
|
|
 |
|
Beberapa ekor Tuntung di sebelah Kanan Kolam
|
|
 |
|
Semuanya tidak takut lagi kepada manusia
|
| | View all 6 photos... |
|
Hari ni aku ke Selama mengambil Kak Nani.Kemudian kami ke rumah Cik Kiah yang terletak di Kawasan Kampung Gajah.Kami gunakan jalan biasa ke sana.Kampung Pn.Rokiah terletak di Kampung Pasir Garam, didalam kawasan Pulau Tiga.Letaknya tak jauh dari tebing Sungai Perak.Mulanya kami nak ambil gambar anak Pn.Rokiah tapi memandangkan anak dia baru ja kena "sawan tangis" dan penduduk Perak tengah yang masih berpegang kuat pada adat aku membatalkan hasrat.Takutla pak dia marah pulak,sebab depa sendiri tak dibenarkan untuk mencium bayi tersebut.Gambar pun aku rasa takut nak ambil nanti jadi apa apa ke.So, balik ja aku dan Kak Nani mencuba jalan ke Parit melalui Bota.Sampai ja Bota Kanan kami,ke pusat konservasi Tuntung.Inilah pertama kali aku lihat Tuntung.Dulu arwah tok aku selalu cerita tentang orang dulu dulu yang suka mengutip telur Tuntung di kawasan pantai pasir di Sungai Muda.Tapi kini Tuntung telah pupus di dalam Sungai Muda
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 23-Jul-2005 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
A Solo Journey To Perlis
|
 |
|
Pemandangan Empangan Timah Tassoh
|
|
 |
|
Pintu Air Empangan Timah Tassoh
|
|
 |
|
Dataran Terinai
|
| | View all 6 photos... |
|
Hari ini adalah pertama kali aku membuat perjalanan solo ke Perlis.Sebelum ni aku tak pernah ke Perlis seorang diri.Tujuan aku ke Perlis adalah untuk membeli belah di Padang Besar.Sebagai orang yang "besar" Padang Besar adalah syurga membeli belah buat aku.Alhamdulillah perjalanan ini berjalan lancar.Aku juga menghubungi Linda memberitahu hasrat aku untuk menghantar buku projek akhir mereka yang telah siap dijilidkan.Rupanya pakwe dia pun ada dirumah.Maka aku pun dijemput ke rumahnya.Selain kuih mak Linda menjamu aku dengan buah buahan yang banyak seperti rambutan dan dokong Perlis.Penuh bonet kereta aku dengan buah buahan tersebut yang kemudiannya diberikan kepada staf di ADTEC Kulim
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 2-Jul-2005 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepetang Di Kuala Kedah
|
|
Hari ini aku menghantar adik aku yang bersekolah di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena.Balik tu aku singgah sebentar di Masjid Al-Bukhari yang baru siap dibina untuk bersolat Asar.Kemudian aku lepak lepak di Kuala Kedah.Seronok juga melihat peninggalan Kota Lama Kuala Kedah..
|
|
|
|