|
|
| Friday, 27-Apr-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Berendoi Di Kampung Gajah
|
 |
|
En.Arif dan Anak perempuannya
|
|
 |
|
Tengok Buaian ada, Bunga Telur pun ada
|
|
 |
|
Bayi diletakkan didalam buaian
|
| | View all 10 photos... |
|
Hari ni aku ke Kampung Gajah, didalam kawasan Perak Tengah untuk menghadiri kenduri berendoi anak Encik Arif.En.Arif adalah bekas pensyarah aku dulu dan kini bertugas sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di JKSM, Putrajaya.Dah lama aku tak jumpa dia semenjak dia bertukar ke sana.Jadi sempena kenduri berendoi anak perempuannya aku telah ke sana untuk berjumpa dengannya.Besar juga rumah mertua En.Arif.Yang paling mengesankan aku ialah masyarakat kampung ni masih berpegang kuat dengan adat tradisi.Ini dapat dilihat dari cara majlis ini diadakan, hiasan buaian,hiasan katil ibu, bunga telur dan majlis berzanji dan marhaban.Yang bestnya penduduk disini bertutur dalam loghat Perak pekat.Aku hanya tersenyum mendengar mereka bersembang.Balik aku meronda pekan Kuala Kangsar.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Apr-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mencuba Canon 350D
|
 |
|
Budak Budak praktikal di ADTEC
|
|
 |
|
Pn Rokiah sebagai model
|
|
 |
|
Mencuba 350D dengan pelbagai Posisi
|
| | View all 5 photos... |
|
Hari ini aku berkesempatan menggunakan Canon 350D DSLR milik ADTEC Kulim.Melihat pelbagai fungsi dan mudah digunakan menyebabkan aku menyimpan hasrat untuk memiliki sebuah DSLR suatu hari nanti.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 17-Apr-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Happy Birthday Norsyidah
|
 |
|
Ambilla saya sebagai anak angkat.Hehe.
|
|
 |
|
Aku paksa bear ni pegang gambar syidah
|
|
 |
|
Gambar Montaj Khas yang aku reka
|
| | View all 5 photos... |
|
Selamat Hari Lahir diucapkan kepada Norsyidah.Syidah adalah salah seorang kawan baik aku semasa di HPP.Dia banyak menganjar aku erti sebuah kehidupan ni.Apapun aku doakan semoga hidupnya mendapat sinar bahagia di usia barunya ini.Sempena hari lahirnya ini aku hadiah sebuah gambar montaj khas yang aku dah lama janjikan kepadanya.Juga ku hadiahkan sebuah patung beruang kecil seperti mana lazimnya aku hadiahkan kepada wani dulu.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 15-Apr-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perasmian Alumni ADTEC Kulim
|
|
Sebaik saja balik dari bercuti aku terus sibuk dengan Majlis Perasmian Alumni ADTEC Kulim.Aku sebagai AJK cuma membantu dari segi koordinasi sahaja.Pada majlis ini juga aku dianugerahkan Anugerah Khas Alumni ADTEC Kulim.Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Tenaga Manusia.Majlis menjadi panas bila aku mengutarakan soalan berkenaan imej Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang kurang terkenal di mata masyarakat Malaysia.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Apr-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ketenangan
|
 |
|
Pemandangan Sawah Di Yan
|
|
 |
|
Keindahan Langit Petang Menghiasi Sawah Yan
|
|
 |
|
Indahnya Ciptaan Allah
|
| | View all 5 photos... |
|
Gambar ni aku ambil di Yan beberapa hari sebelum aku bercuti di Terengganu.Ntah kenapa semenjak dua menjak ni hati aku tak tenteram.Perasaan pula terasa bagai dirobek robek.Itulah sebabnya aku mengambil keputusan untuk berehat seketika dan melupakan hal hal berkaitan Hospital ni.Gambar ni aku ambil selepas hujan lebat.Yan memang cantik pemandangannya.Disebelah kiri Gunung Jerai dan disebelah kanan suasana senja ditepi laut yang begitu mendamaikan.Salah satu gambar ini telahku jadikan penghias skrin komputer aku sehingga hari ini.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Feb-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perkahwinan Roszita Dan Yahaya
|
|
Sebaik sahaja aku selesai menyiapkan Video untuk Kak Mila, di suatu pagi sabtu aku dipanggil oleh Kak Ita ke dapur.Dalam nada berbisik dia kata "Kak Ita nak charter bob untuk bulan 2 ni.Aku terus spontan berkata..La Kak Ita dah nak kawin." Sebenarnya aku dah dengar dah lama pasai Kak Ita nak kawin.Dahtu aku pulak pi cabar Kak Ita lepas balik rumah Kak Mila dengan berkata, "kalau Kak Ita kawin, saya buat video free, 3 hari 3 malam.Haha.Lani aku kena la tunaikan cabaran aku sebab semua dah nak jadi kenyataan.So pada 16 haribulan awal awal pagi lagi aku bertolak ke Pendang.Paling best ialah Shaiful salah seorang atendant BDM yang memang orang Pendang turut sama ambil cuti semata mata nak jadi penunjuk arah.Aku pi Pendang guna jalan lama iaitu dari Bukit Selambau.Ntah macammana aku terlepas simpang dan tersasar ke Kuala Rimau.Terkejut aku bila sampai je kat simpang terus nampak papan tanda kenduri Kak Ita dan Abang Ya.Rupanya aku tersasar dah tak jauh dari rumah Abang Kak Ita.Aku patah balik ke Pendang.Solat Jumaat kat Tanah Merah.Pastu cari Shaiful.Kami berkunjung dulu ke rumah Abang Kak Ita di Kampung Baru.Ambil gambar pelamin dan hantaran.Lepas tu balik ke Pendang.Shaiful bawak aku ke rumah mak sedara dia yang akan menjadi tempat tidur aku malamtu.Aku rehat sekejap.Lepas maghrib Shaiful dah sampai dan ajak aku ke Kg.Baru.Kami terus ke masjid tempat akad nikah berlansung.Aku dah ready dengan video kamera cokia akutu.So malamtu aku just shoot video dan curi curi ambil gambar sikit.Malamtu juga aku berkenalan dengan otai DsLR iaitu Cikgu Fauzi.Dia menjadi official photog untuk majlis kenduri tu.Selepas majlis di masjid kami kerumah kenduri.Cikgu Fauzi tak ikut so aku terpaksa la amik video dan gambar sekali.Nasib baik, depa pasang spot light kat dalam rumah dan bilik.Kalau tak abisla gambar aku jadi kelabu sebab kamera aku ni bukannya bleh set ISO tinggi.Kalau pakai flash pula gambar jadi macam kena bakartu.Heheh.Esoknya subuh subuh lagi aku tunggu Kak Aeshah kat petronas Pendang.Aku ikut depa pi solek Kak Ita kat Alor Star.Siap ja solek aku blah dulu.Saja nak amik gambar awal.Aku ke hulu ke hilir ambil video dan gambar hari itu.Sampai la ke petang.Rehat sat pastu mai balik ke rumah pengantin.Hujan turun dengan lebat.Masatu la waktu dok sembang dengan Abang Ipar Kak Ita aku ternampak kelibat seseorang.Dengan selamba aku kata, "aii orang kampung ni ada muka macam pelakon." Rupanya memang pelakon betul.Zaidi Omar mai untuk meraikan kenduri sebab di jemput Kakak Kak Ita iaitu salah seorang makeup artis.Esoknya selepas bersarapan di rumah Shaiful, aku ke rumah kak Ita.Kat rumah Pun aku berjumpa dengan kawan lama Cik Ariff.Aku ikut rombongan ke Sungai Petani.Ambil gambar dan video lagi.Tunggu Kak Mila dan suami mai.Pastu kami sibuk ambil gambar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato Khoo Tsu Khoon.Balik aku ke Hospital macam biasa.Memang letih betul aku dibuatnya tapi ati memang puas dapat perform sehabis baik.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Pegantin Baru Kak Mila
|
 |
|
Suasana Majlis Akad Nikah
|
|
 |
|
Kami Paksa Bersanding Juga Malamtu
|
|
 |
|
Di Dalam Kamar Pengantin
|
| | View all 19 photos... |
|
Hari ini ialah hari yang paling penting dalam hidup aku.Selama perkenalan aku dengan Kak Mila, hari ini adalah hari yang paling bermakna dan penting dalam hidup aku.Aku sanggup lakukan apa sahaja untuk menghadiri majlis ini seperti yang pernah aku janjikan.Meskipun pada awalnya terdapat sedikit "masalah" tetapi alhamdulillah Allah memakbulkan semua doa, permintaan dan harapan aku untuk memeriah kan sama majlis ini.Pada hari ini aku menawarkan diri untuk menjadi videographer amatur bagi majlis gilang gemilang ni.Aku sampai ke perlis pada hari Jumaat 8 Dec 2006.Selepas mendaftar masuk ke tempat menginap aku ke Padang Besar.Melewati rumah Kak Mila, aku kagum melihat deretan khemah yang dipasang di laman rumahnya yang begitu luas.Malam tu selepas maghrib aku bergegas ke masjid yang pernah Kak Mila ceritakan.Aku agak cemas sebab semua sms aku tak dibalas oleh Kak Mila.Aku faham dia mungkin sibuk mempersiapkan diri untuk majlis paling bermakna dalam hidupnya.Aku semakin kaget bila azan isyak berkumandang, kelibat pengantin masih belum kelihatan.Mujurlah selepas solat isyak aku terjumpa dengan Pak Hamid, ayah Kak Mila.Dia mengesahkan bahawa majlis akan diadakan di Masjid itu. Sewaktu ke kereta, aku ternampak kelibat seorang jurugambar didalam kereta.Selepas berkenalan dengan jurukamera yang membahasakan dirinya sebagai Azirul, kami berdua menanti kehadiran pengantin.Akhirnya pengantin tiba dan majlis berjalan dengan sempurna.Aku juga membawa Azirul ke rumah Kak Mila untuk sesi photoshoot khas.Malam itu aku menghantar Azirul pulang ke kedainya di pekan Kangar.Esoknya pagi pagi lagi aku dijemput oleh Kak Mila bertandang ke rumahnya untuk merakam suasana persediaan kenduri.Memang meriah sungguh suasana pagi itu.Cukup terhibur aku dengan keletah masyarakat kampung ini yang begitu ramah dan mesra.Aku langsung tak terasa berada di kampung yang asing buatku kerana penduduk kampung melayan aku seolah aku sebahagian daripada mereka.Sambil mengambil gambar aku gembira melayan kawan kawan dari hospital Pulau Pinang.Majlis berakhir lebih kurang pukul 4.30 petang.Aku pulang bersama dengan Kak Pah, salah seorang kakak atendant yang begitu rapat dengan Kak Mila.Sepanjang jalan aku agak terhibur mendengar cerita Kak Pah tentang Kak Mila.Aku menuju ke Hospital Penang untuk menghantar lauk pauk yang dipesan.Semoga Kak Mila dan Abang Ismayatim bahagia hingga akhir hayat..Amin.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 11-Nov-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Azira & Shahril
|
|
Setelah sebulan majlis akad nikah dan beraya bersama.Hari ini Cain dan Azira akan melangsungkan persandingan mereka.Meriah juga majlis ini dan aku mengikutinya dari sesi bersolek sampai la orang kampung balik.hehe.Lebih meriah majlis ini bila kawan kawan dari Adtec turut sama menghadiri majlis ni termasuk para pengajar.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Nov-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengubahsuaian Bilik Daftar Masuk Hospital Pulau Pinang
|
|
Selepas Memindahkan semua peralatan ke Bilik Daftar Masuk Sementara, aku ditugaskan memantau kerja kerja pengubahsuaian BDM baru HPP.BDM sementara nanti pula akan dijadikan bilik khidmat pelanggan.Aku agak gembira kerana kontraktor yang mendapat projek ini iaitu Abang Hashim, amat mesra dengan aku.Oleh itu kerja yang dijalankan dapat dilaksana dengan mudah.Cuma masalah dihadapi dengan kerenah Pengarah, Pegawai Pembangunan,dan beberapa pegawai HPP yang mempunyai pelbagai idea yang kadang kala memeningkan kepala.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 29-Oct-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bilik Daftar Masuk Sementara
|
 |
|
Pekerja Pagi Yang Merasmikan BDM Sementara
|
|
 |
|
Kakitangan sibuk mengemas barangan di BDM Lama
|
|
 |
|
Berbincang Mengenai Kerja
|
| | View all 8 photos... |
|
Selepas habis berhari raya, aku sibuk merancang perpindahan peralatan SPPD ke bilik yang akan dijadikan BDM sementara.Terasa agak sedih sebab BDM lama akan diruntuhkan.Setelah merancang selama seminggu akhirnya pada 29 Oktober aku memindahkan kesemua peralatan komputer ke bilik sementara tersebut.Kerja ini amat meletihkan kerana aku terpaksa melakukannya berseoranga.Tambahan pula 2,3 ari sebelum tu aku sibuk menguji peralatan rangkaian yang dipasang di bilik sementara tersebut.Alhamdulillah projek perpindahan ini berjalan lancar.Keesokkan harinya, Abang Hashim terus meruntuhkan BDM lama tersebut.
|
|
|
|