Want your
own Fotopage?











 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 8-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sambutan Bulan Kemerdekaan ADTEC&Prostar Kulim

Acara mewarna
Pelbagai aksi pelajar tadika
Khusyuk mewarna
View all 7 photos...

Aku dijemput En.Rashid selaku orang kuat Prostar Kulim untuk menghadiri acara sambutan peringkat Mahangni.Acara agak meriah dengan penyertaan pelajar ADTEC dan juga penduduk kampung.Aku paling seronok tengok Pakcik yang umurnya hampir 50 tahun masih boleh berlari hampir 5 KM tanpa masalah.Kalah orang muda.Kemudian acara yang paling menyeronokkan ialah melihat kanak kanak tadika seluruh kawasan karangan melakukan pelbagai acara yang menunjukkan semangat patriotik

hehehe...good work+hardworking lagi..mesti boleh punya..hehehe..
aku ni stakat amik gambar u boleh la...sikit2..xla sampai tahap Bazuki(Reuters) ke ...Shamsarin(EPA) ke..depa tu dah tahap otai melampau..kalau nak belajar lagi power..cuba sembang2 dalam fotowarung..ataupun dalam fotomalaysia..hehehhee..fotopages ni just orang nak menunjuk2 n jual barang dgn free je...kalau lagi serius hang buka reuters punya web/bazuki atau national Geo...hehhehe..lepas ni mesti ang terpegun...
ada lagi...buka Azahar mahfuz...Kamal...or cuba tengok2 link depa..pergh...1st class foto..kalau nak challenge dengan saiful nang..ke..apa2 ke..tengok dulu baru boleh komen..

hehehe..foto orang kampung..boleh jadi trademark tu...
Fri 23-Nov-2007 15:56
Posted by:mr.papaiesz kindouna@yahoo.com
nanti kirim salam kat aweks bertudung putih tu..okeh... Fri 23-Nov-2007 15:57
Posted by:mr.papaiesz kindouna@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 5-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hadiah Buat CC Hasliza dan Mila

Album yang aku siapkan
Gambar didalam album

Hafez minta aku buatkan gambar khas untuk dihadiahkan kepada buah hatinya Mila.Kebetulan aku sedang menyiapkan nukilan terakhir gambar kenduri CC Hasliza dan Yus.Jadi aku pun tumpang cetak sekalile gambar si Mila tu.Kebetulan juga aku baru membeli 2 buah frame yang cantik dari sebuah kedai di Sungai Petani.Jadi aku cuma masukkan kedalam frame dan Kak Ita tolong membalutkan.Harap harap lepas ni bleh ler ambil gambar depa dua kawin pulak.

Care to comment?


Monday, 6-Aug-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hafiz Sudah Berteman Dan Dating Pertama Hafiz

Sedang Berposing Di Jambatan
Senyuman Manis
Berposing Di Atas Batu
View all 10 photos...

Sedar tak sedar setelah hampir 3 bulan menghilang diri, banyak juga perubahan telah berlaku.Antaranya ialah Hafez kini sedang kemaruk bercinta dengan seorang gadis yang nama manjanya ialah Mila.Mila ni orang Teluk Intan.Cantik orangnya.Bila Hafez selalu sebut namanya, jeles pulak aku rasa.Hehe.Tapi apapun aku berdoa semoga mereka berdua dapat disatukan.Ha, gambar ni adalah gambar eksklusif sewaktu mereka berdating.Tapi semua gambar ini diambil oleh Hafez sendiri.Bukan aku..apapun cantik gambar yang diambil.Selamat menatap...

Care to comment?


Wednesday, 25-Jul-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Tilawah Al-Quran KKM Saringan Negeri Pulau Pinang

Deretan Peserta
Qari Lelaki
Qariah Perempuan

Setelah hampir 2 bulan aku meletak kamera dan menjeruk rasa.Hari ini aku berdebar-debar menyambut kedatangan peserta Tilawah Al-Quran peringkat saringan Negeri Pulau Pinang.Inilah kali pertama aku berjumpa Hafez setelah hampir 3 bulan aku menghilang diri.Setelah berjumpa dengannya aku hanya diam dan melihatnya membaca Al-Quran.Aku masih banyak termenung bila terlihat Hj.Daim turut sama menjadi panitia penganjur.Banyak yang aku kenangkan terutamanya kenangan manis di HPP.Melihat mereka semua mengembalikan nostalgia aku di sana.

Care to comment?


Saturday, 30-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Kak Mila

 
 
 
View all 4 photos...

Hari ini adalah hari lahir kak Mila.Tapi sayang seribu kali sayang.Kali ini pun aku masih belum dapat menyambutnya bersama.Konflik yang melanda antara aku dan pengurusan HPP akibat surat layang itu cukup memberikan kesan.Aku diberi kata dua.Terus datang ke situ atau orang yang rapat dengan ku menerima padahnya.Tahun lepas pun aku tak dapat menyambut hari lahirnya.Sedih hanya Allah yang tahu.Insiden ini benar benar meruntuhkan moral aku.Walaupun begitu aku berasa sangat gembira menyediakan hadiah buat Kak Mila.Tak terbalas rasanya jasa aku kepada Kak Aeshah atas kesanggupan dia menolong aku membeli sebiji kek dan menjadi wakil untuk menyerahkan hadiah ni kepada Kak Mila.Sehari sebelum tarikh ini aku berkunjung ke rumah Kak Aeshah untuk menghadiahkan hadiah ini buat Kak Mila.Maafkan saya, Kak Mila.

Care to comment?


Sunday, 3-Jun-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru CC Hasliza&Yus,Selamat Tinggal BDM

SuasanaKenduri Ulu Mengkuang, Selama Perak
Adiknya Yus
CC Hasliza&Yus
View all 11 photos...
Waktu aku buat entry ni, hati aku rasa sedih, sakit dan kecewa yang amat.Hanya Allah yang tahu betapa gundah hati dan perasaan ini.Aku diharamkan untuk ke BDM, HPP kerana fitnah yang ditabur seseorang dengan menghantar surat layang kepada pengarah.Bukan setakat itu dek kerana fitnah itu orang orang yang rapat dengan aku pula diugut untuk ditukarkan sekiranya aku masih berdegil datang ke HPP.Hasilnya semua orang yang rapat dengan aku semakin menjauh dari diri aku.Masing masing takut dikaitkan dengan aku.Betapa hina dan kerdilnya aku rasa.Kenapa aku tak henti henti dibenci.Entahlah.Pun begitu kenduri ni sedikit mengubat kerinduan kepada orang HPP bila CC Hasliza dan Suaminya Yus melayan aku dengan cukup baik.Ya, Allah tabahkan hati aku menghadapi dugaan ini.

Care to comment?


Friday, 18-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tinggal BDM HPP

Model Jam Hong Kong1
Model Jam Hang Kong 2
Berbincang Dengan Norma
View all 6 photos...

Hari ini adalah hari terakhir aku ke pasar malam dengan Kak Mila.Aku sangat merindui kenangan ini.Pada hari itu juga aku hadiahkan jam kepadanya.Dia pula sibuk untuk pulang ke Kampung pada hari itu.Seronok bersembang dengannya sepanjang perjalan ke Pasar Malam yang terletak di depan Hospital.Kenapa aku diuji dengan begitu kuat dugaan.Aku hilang segalanya hanya kerana fitnah orang yang membenci diri aku.Aku pasrah...

Care to comment?


Tuesday, 15-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Kak Bariah

Sebiji Kek Tandamata
Sembang Sembang Orang Perempuan
Birthday Woman
View all 6 photos...
Petangtu aku dok SMS dengan Kak Mila.Aku bagitau dia yang malam ni ialah birthday Kak Bariah.Aku rancang nak sambutnya dengan menghadiahkan sebiji kek kepada Kak Bariah.Kak Mila pun berminat untuk sama sama menyambutnya.Jadi kami buat satu sambutan kejutan kepada Kak Bariah.Memang seronok aku rasa malamtu kerana dapat bekerjasama dengan Kak Mila menyambut hari lahir Kak Bariah.


Care to comment?


Friday, 11-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Journey To Perlis Or Journey To Hospital Tengku Fauziah??

Kedai Adik Hafez Di Sg.Korok
Pemandangan Sawah Padi
Panorama Of Perlis1
View all 13 photos...

Hari ini, aku tunggu Hafez kat Hospital Penang.Pagi-pagi lagi kami bertolak ke Perlis.Cadangnya nak makan makan kat rumah Kak Aeshah.Aku pula langsung tak lena semalaman sebab dok sembang dengan Kak Norma dan Kak Mila.Sepanjang jalan aku cuma lena jer.Hafez bawak aku ke kedai adik dia di Sungai Korok dan juga Ayer Itam.Kami bersarapan kat Sungai Korok.Dek kerana terpegun dengan kecantikan gadis gerai tu Hafez pi minum Teh Tarik.Sampai je kat bulatan Kangar dia terus pening.Aku take over bawak keta.Mula mula tak teruk.Tapi bila pi ja Panorama Of Perlis yang jalannya macam dalam citer Tokyo Drift dia teruk muntah lewah.Tak sempat nak ke Padang Besar aku kena bawak dia ke Hospital Tengku Fauziah.Punyala boring aku dok menunggu dia hampir dekat 4 jam.Dah tu mengantuk yang amat.Aku ingat nak pi umah Kak Aeshah dulu dan mai amik dia petang tu.Tapi dia nak ikut juga.Memang la best unit kecemasan HTF.Dengan aircond.Syokla tidur.Last last lawatan ke Perlis jadi lawatan ke Hospital Tengku Fauziah.Nasibla dapat gak pi makan umah Kak Aeshah.

cantik aa gmbr area perlis ni
camna nak pi panorama of perlis ni? kene daki ke naik kete je leh sampai?
kat area wang kelian ka?
habaq mai sket jln nak pi
Tue 30-Oct-2007 20:20
Posted by:mabukpixels
Wuii senang ja nak pi.Mula mula pi dulu jalan menghala ke Gua Kelam.Pastu sebelum sampai ke gua kelam kona le jalan Wang Kelian.Lepas naik keta pusing pusing jalan dia yang macam dalam tokyo drift tu, separuh jalan ke wang kelian, anda akan nampak satu kawasan parking.So, berenti dan parking kat situ.Pastu menapak la naik ke atas kawasan dataran panoram of Perlis tu.Memang tak dak signboard pun.so selamat mendaki.Tapi kalu ko naik pajero bleh le ko terjah sampai ke atas. Thu 1-Nov-2007 09:24
Posted by:azri@bob driversearcher@email.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 29-Apr-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Bukanku Pinta

Disuatu Pagi Yang Sibuk
Dikeremuni Orang Ramai
Tiba Tiba sebiji Kek Keluar.hehe

Hari ini ialah birthday aku.Aku agak letih sebab baru jer balik dari Teluk Intan.Aku dikejutkan staf BDM untuk bangun lebih kurang pukul 11 pagi.Dalam diam rupanya Kak Aeshah dah belikan aku sebiji Kek yang cukup cantik.Dalam diam juga depa semua pakat buat collection untuk beli kek ini.Aku terharu dan terkedu.Inilah pertama kali aku disambut begitu rupa.Inilah juga pertama kali dalam idup aku ni ada orang kasi kek.Sebenarnya jauh disudut hati ni aku dah cukup gembira.Di rumah aku baru jer terima hadiah istimewa daripada Wani.Tapi aku tak sangka.Kek yang patutnya membawa ceria ini juga membawa bencana kepada aku.Tanpa aku sedari ada seseorang jauh di sudut sana kecil hati dan marah yang amat kepada aku.Dia benci sebab aku dilayan sebegini rupa.Rupanya kek kecil ini yang dinyalakan lilin diatasnya juga menyalakan kemarahan seseorang. Disini permulaan suatu bencana buat diri aku..Aku pasrah...

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.