|
|
| Tuesday, 13-Nov-2007 21:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tree Top Walk,Sedim,Kulim
|
|
After been opened for few years, this is the first time that I had time to come here.The Tree Top Walk is the newest attraction for tourist to come to Sedim beside the Sedim white water rafting activity. The Tree Top Walk got it's name from the suspension bridge that was build around 1KM radius of Sedim virgin forest. This suspension bridges was build using stainless steel and equipped with lightning protection. It was build beginning at forest floor and circling the forest top of canopy.The highest platform stands at 20metres above the forest floor and we can enjoy the scenic and breathtaking view of virgin tropical rain forest. By using the canopy walk, we manage to across the sedim river at the height of 15 meters above the forest floor.The admission for this canopy walk is RM10 for adult and RM5 for children.
Most importance thing.This bridge can hold my heavy weight of 160KG without swinging.heheheh
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 11-Nov-2007 21:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Jamuan Raya Peniaga Medan Suri
|
 |
|
Sesi Makan makan
|
|
 |
|
Abang Ya sibuk melayan mat dan minah salleh
|
|
 |
|
Suasana mala tersebut
|
| | View all 6 photos... |
|
Pakatan Peniaga Medan Suri, Sungai Nibong , Bayan Lepas telah bersepakat untuk mengadakan majlis jamuan hari raya kepada para pelanggan mereka. Aku telah dijemput oleh Kak Ita dan Abang Yahaya sebagai salah seorang tetamu.Pada majlis ini aku kagum apabila melihat kelibat "mat dan minah salleh".Pada mulanya aku ingat depa ni pakat cakap dalam BI la.Bila diteliti rupanya depa ni fasih berbahasa Melayu dan mengambil kursus Bahasa Melayu di USM.Ada diantara mereka adalah pasangan suami isteri menjadi tutor sambilan di USM sambil mendalami Bahasa Malaysia.Aku kagum dengan kepetahan mereka.Tatkala bangsa sendiri semakin angkuh dan bangga menggunakan Bahasa Inggeris dengan alasan sebagai bahasa antarabangsa dan bahasa bertamadun, masih ada warga asing yang sedar akan nilai bahasa kita.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 4-Nov-2007 20:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jamuan Aidilfitri ADTEC Kulim
|
 |
|
Pengarah Bersama Isteri
|
|
 |
|
Pelajar praktikal dari kolej komuniti
|
|
 |
|
En.Sani dan rakan rakan sebagai DJ
|
| | View all 9 photos... |
|
Pada hari ini, ADTEC Kulim telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya kepada semua kakitangan ADTEC Kulim.Majlis diadakan di Dewan Serbaguna ADTEC Kulim dan dihadiri Pengarah ADTEC Kulim bersama isteri.Aku telah dijemput untuk bersama sama memeriahkan majlis.Kesempatan ini aku ambil untuk mengambil beberapa keping foto suasana pada hari tersebut.Keletah anak perempuan Pn.Rokiah iaitu Fatini menarik perhatian ku untuk dijadikan cover page kali ini.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Oct-2007 12:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pra Persaraaan Kak Zan
|
 |
|
Uitm penang hadiahkan kek
|
|
 |
|
bersama rakan setugas
|
|
 |
|
Bersama Stafnurse dan Pihak Pejabat Pentadbiran
|
| | View all 6 photos... |
|
Kak Zan adalah salah seorang pembantu tadbir di Bilik Daftar Masuk Hospital Seberang Jaya.Dia berasal dari Negeri Sembilan.Sejak dari mula berkhidmat sehingga sekarang beliau hanya bertugas di kaunter pendaftaran.Antara hospital yang pernah beliau bertugas ialah Hospital Seremban,Hospital Banting, Hospital Pulau Pinang, Hospital B.Mertajam dan Hospital Seberang Jaya.Beliau Seorang pemurah dan selalu belanja aku makan-makan kat hotel UiTM Pulau Pinang.Sebenarnya dia bersara pada bulan 1 tapi dia mengambil kesempatan untuk bercuti panjang sebelum bersama.Oleh itu majlis makan makan ni di adakan di Hotel UiTM Pulau Pinang.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 16-Oct-2007 00:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sesi Merisik Fendi
|
|
Hari ini aku dijemput oleh Junaidi ke rumahnya untuk sesi rumah terbuka.Sampai saja dirumahnya aku terus bantai 2 pinggan laksa.Tak lama kemudian Fendi tiba bersama rakan rakan serumahnya.Aku dibagitau yang harini Fendi akan bawak kami ke rumah bakal tunangannya.Di rumah cikgu Aisha kami dijamu pulak dengan Nasi Merah.Makan lagi..Lepas makan Fendi "disoal siasat" keluarga Cikgu Aisha.Memang confirmla dia dah nak kawin.Alhamdulillah.Amin..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Oct-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Beraya di rumah Cikgu....
|
|
Aku dapat sms dari Wani,Dia ajak buat perjumpaan di rumah cikgu hari ini.Aku tunggu la depa kat depan sekolah.Walaupun tak ramai tapi majlis ni agak meriah.Kami berkonvoi ke rumah cikgu Norafiza dulu.Kemudian ke rumah cikgu Puteri.Pada penghujung majlis kami berbalah berapa kali kami dah ke rumah cikgu Puteri.Aku dah saf kata 2 kali dan kali ni kali ke 3.Sufi dan wani pulak kata baru kali ke 2 kali ni,pening kami.hehe..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Oct-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Perjumpaan Semula Bekas Pelajar SMKGP Raya Ke 2
|
|
Dulu aku penah kata kat budak budak kelas aku masa form 3.Yang pada hari raya ke 2 tahun 2007 (umur 24 tahun).Aku akan mai bertafakur sebentar di sekolah.Tak sangka pula ramai yang masih ingat janji tu.Seronok la juga dapat jumpa kawan kawan lama balik.Aku pun dapat juga belajar dari otai kamera iaitu mat nort A.K.A papaiez.Dia lani jadi photographer untuk paper the sun.Paling syok dapat jumpa balik kawan kawan lama yang dah beberapa tahun tak jumpa.Makan kami aritu ditaja oleh sufihanas. Yang tak bestnya moderator utama mai lambat.Moderator kedua tak mai langsung.hehe...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 13-Oct-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Curi Curi Raya Di HPP
|
 |
|
MA Bertugas
|
|
 |
|
PPK Pakcik Din dan Fendi sedang berbincang sesuatu
|
|
 |
|
Ni Kek Raya ker Kek Birthday?
|
| | View all 7 photos... |
|
Hari ini ialah hari raya pertama.Aku curi-curi masuk ke sana untuk menyampaikan kek kepada Kak Ita(sebab hari ini ialah hari lahirnya) dan juga menyambut Hari Raya di sana.Beberapa jam aku ambil sebelum dapat masuk ke BDM.Susah juga nak masuk ke sana kerana pada waktu pagi ada orang yang membenci aku.Petang pula takut dilihat di sana kerana "orang" itu asyik bermundar mandir ke sana.Apapun aku lega dapat menyampaikan hadiah yang tak seberapa ini.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Oct-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berbuka Puasa Di Perlis
|
|
Dah lama aku janji dengan junior junior aku masa kat ADTEC Kulim ni untuk belanja depa makan di Perlis.Tapi banyak halangan menyebabkan semua tu tertanggung.Apapun aku bangga dengan depa ni sebab tak malu nak bagitau kat aku yang depa dapat kerja tetap.Tak macam rakan sekelas aku yang semuanya menghilang selepas belajar dan bila dapat kerja tetap.
Pada haritu aku sampai awal ke Perlis.Kemudian berehat kat Tasik Melati.Selepas menghilangkan lelah aku bertolak ke Padang Besar untuk membeli baju raya.Bergegas balik ke Kangar dan menunggu Mazlina kat depan pejabat JPA3 Bangunan Tun Razak.Kemudian pi amik pula Nina kat rumah sewa dia.Pastu mulalah pening cari tempat makan selepas membeli belah sat kat Stadium.Nasibla ada tempat kat Kuala Perlis.Apapun puas dapat makan malamtu.Makan pun sedap dan murah sungguh.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 21-Sep-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lampu Raya BDM HPP 2007
|
|
Aku memang berniat untuk menghadiahkan lampu sempena bulan ramadhan ni.Dah lama aku rancang semenjak menjadi penjaga projek pembesaran BDM.Tahun lepas kami langsung tak menyambut puasa sebab sibuk nak berpindah.Jadi tahun ni kami nak raya sakan.Setelah berpakat dengan Kak Aeshah, Pakcik Din dan Junaidi kami pun memulakan operasi memasang lampu.Kira ni ganti pelita la zaman lani.Apapun memang best bila BDM dilimpahi cahaya dari pelbagai lampu.Ramai yang berminat denga lampu pelita yang aku beli khas.
|
|
|
|