|
|
| Tuesday, 18-Mar-2008 18:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pertandingan Robocon ILJTM dan Hari Terbuka ADTEC Kulim
|
|
Minggu ni aku tak pi ADTEC hari Ahad seperti biasa.Tapi aku lencongkan ke hari Selasa sebab hari ahad aku kena amik gambar kenduri Fendi.Kebetulan pula hari aku mai ni ADTEC Kulim jadi tuan rumah pertandingan robocon peringat JTM bagi memilih wakil ke peringkat kebangsaaan.Apa lagi aku pun jadi la bidan terjun.saja saja gatai ambil gambar.Dengar dengar cerita muka aku masuk paper utusan tu.tapi aku tak dan pun tengok sapa yang telah tertembak aku tu.hehehe.Yang pasti ada orang BERNAMA mai.kalau betui kira banggala juga masuk paper.heheh..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Mar-2008 18:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Kenduri Fendi dan Aisha, Dewan Putra Kulim
|
|
Hari ini aku memikul tugas besar.Menjadi official photog kepada Afendi dan Cikgu Aishaa.Kali ini ialah kenduri sebelah lelaki.Kenduri diadakan dia Dewan Putra, Majlis Perbandaran Kulim Kedah.Kenduri hari ini agak menarik kerana menampilkan 3 pasangan sekaligus iaitu dua lagi adik Afendi.Pada majlis ini aku berkenalan dengan DJ Jawa, Otai DJ Kenduri kawasan Kulim.Dia juga membawa sahabat baiknya iaitu Arjuna sebagai official photog kepada adik adik Afendi.Majlis berlansung dengan meriah sekali dengan kehadiran sahabat taulan ketiga tiga mempelai.Yang peningnya ialah kami jurugambar kerana sekali mai 3 pasang tak tau nak shoot yang mana satu.Otai Arjuna pun hilang tumpuan seketika sehinggalan kawan kawan nya datang membantu.Aku pula terus memfocus kepada Afendi dan Cikgu Aishaa.Majlis terhibur dengan telatah dan lawak yang disampaikan oleh DJ Jawa.Disamping shooting gambar aku juga curi curi
shooting video.Apa hasilnya aku pun tak tau lagi.hehehe
sila sila lawa lawat FS En Arjuna di alamat berikut
http://arjunarealfoto.fotopages.com/
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Mar-2008 18:12 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Kenduri Aishaa dan Fendi
|
|
Hari ini aku dijemput oleh Fendi untuk mengambdikan gambar perkahwinannya dengan Cikgu Aishaa.Walaupun mereka telah mempunyai official photographer aku tetap dijemput untuk menjadi photographer sebelah pengantin lelaki.Aku begitu senang sekali bekerjasama dengan Akilan,jurugambar yang telah dilantik oleh butik pengantin.Dia tidak lokek untuk berkongsi pengalaman denganku.Namun begitu hadirin agak kecewa kerana rombongan pengantin lelaki tiba lewat daripda yang dijadualkan.Nasib la ko fendi wei...hehehe.Nasib dah akad nikah kalau tak teruk tok kadi ceramah.hehe.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 18:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Selamat Hari Lahir & Selamat Bersara Kak Zan
|
|
Hari ini rasmilah Kak Norizan bersara wajib dari perkhidmatan Hospital Seberang Jaya.Bermula dari Kuanter dan berakhir di kaunter menjadikan Kak Zan adalah seorang vateran dalam perkhidmatan kaunter.Beliau seorang yang pemurah dan mudah didekati.Selalunya untuk majlis perpisahan, pihak pentadbiran yang akan menyediakan jamuan tetapi kali ini Kak Zan pulak berbesar hati menyediakan jamuan kepada kami bertempat di Hotel UiTM Pulau Pinang. Hubungan baiknya dengan orang ramai bukan sahaja terhenti di Hospital malahan sehingga ke Hotel UiTM sendiri.Jadi tak hairanlan bila Hotel ini menyediakan kek khas sempena genap umurnya hari ini.Semoga Kak Zan terus ceria meneruskan hidup selepas bersara.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 10-Feb-2008 04:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Hanif Dan Akma
|
 |
|
Hanif sibuk menguruskan rombongan
|
|
 |
|
wakil perempuan mengira wang hantaran
|
|
 |
|
Cincin Disarung
|
| | View all 12 photos... |
|
Huhuh.Ayahku kawin lagi..haahhah.macam lagu 60an plak.Setelah ibuku meninggal, ayahku telah berkahwin dengan seorang janda beranak dua.Yang bestnya malam kenduri kawin dia tu barulah aku tau yang anak mak tiri aku tu adalah kawan masa sekolah aku dulu.Namanya Hanif.Hanif sebaya dengan aku.Tapi lebih berjaya daripada aku.Dia dah ada rumah dan kereta.Sedangkan aku cuma ada Canon 400D,huhuh.Sedihnya.Hari ini di nak bertunang dengan seorang gadis dari Sidam Kanan.Ayahku langsung tak jemput aku ke majlis tu.Tapi setelah dirisik bahawa takder cameraman. aku dengan tak malunya meng"offer"kan diri menjadi jurugambar.Maka pergilah aku menjalankan misi sebagai jurugambar orang kampung.huhuhu..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 27-Jan-2008 03:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Akad Nikah Afendi Dan Aisha
|
|
Hari ini aku dijemput oleh Fendi untuk menjadi jurukamera video dan juga gambar bagi majlis akad nikahnya.Majlid diadakan di Masjid Pajak Song, Kepala Batas.Hadirin yang hadir agak rimas apabila pengantin lelaki lambat sampai.Bila sampai baru nak kalut pakai sampin.Nasib Tok Kadi sporting.Kalau tak jenuhla dia nak menjawab soalan.Majlis akad nikah berlansung hampir 30 minit di masjid sebelum hadirin dijemput untuk makan kenduri di rumah pengantin perempuan di Permatang Sireh.Lepas ni aku dilantik pulak sebagai official photog untuk majlis kenduri mereka..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 26-Jan-2008 21:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenduri Rumah Zunaidi
|
|
Hari ini Zunaidi iaitu salah seorang PPK BDM Hospital Penang telah mengadakan sesi rumah terbuka dengan acara kenduri kampung.Maka ramaila juga rakyat jelata yang datang untuk memeriahkan majlis.Aku pula seperti biasalah menyibuk dengam menjadi jurugambar orang kampung bagi majlis tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Jan-2008 20:25 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Mencari Kedamaian
|
|
Tahun 2007 bagiku penuh dengan kedukaan. Semuanya bermula pada 7 april 2007 apabila suatu insiden telah memusnahkan segalanya buatku.Rentetan itu satu demi satu musibah menimpaku.Pun begitu langit tak selalu kelam.Kadangkala cahaya menerjah ke arahku walaupun ianya hampir sirna.Aku berhijrah ke dalam satu syarikat baru.Namun aku terasa begitu terasing dan sunyi.Hidupku hanya berlegar sekeliling insan yang tak aku berapa kenali.Pun begitu aku bersyukur kerana ada insan yang sudi berdiri teguh dibelakangku.Yang meniup semangat agar aku bangun.Kini dalam lembaran tahun baru aku bangun untuk mencuci luka yang ditinggalkan semalam.Tahun ini juga aku sibuk mengumpul wang untuk menambah koleksi perkakasanku.Gambar-gambar ini ku rakamkan dengan lensa 50mm yang baru ku beli demi untuk satu misi khas.Berikut adalah beberapa keping gambar yang aku ambil menggunakan lensa tersebut.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Dec-2007 15:47 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Misi Mustahil Di Langkawi
|
 |
|
En.At posing belakang ekor feri besar
|
|
 |
|
indahnya senja kuala sungai baru
|
|
 |
|
Pantai kuala sungai baru
|
| | View all 4 photos... |
|
[/code]
Selalunya orang pi Langkawi mesti lepak sana paling koman pun sehari.Dak pun tidur semalam kat sana.Pastu jalan jalan keliling pulau sampai puas.Tapi hari ni aku dengan salah seorang bekas pensyarah aku..iaitu En.Hatzari cuma mai langkawi hanya untuk masa 1 jam sahaja.Dah tu terkejar kejar ala ala explore race.Semuanya bermula bila En.At mengajak aku ke Langkawi untuk membeli kamera DSLR.Dia kata harga di sana lebih murah.Kalau ikut rancangan selepas membeli kamera kami akan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi bagi menonton LIMA.Tapi setelah sampai di Kuala Perlis masalah bermula apabila tiket feri ke Langkawi sudah habis ditempah.Kami terpaksa menunggu hampir 2 jam untuk mendapatkan tiket.Feri yang digunakan pulak adalah jenis besar dan mengambil lama untuk berlepas dan berlabuh.Apabila sampai disana masalah kedua pula bermula apabila semua tiket feri untuk waktu terakhir iaitu pukul 7 malam habis ditempah.Yang ada hanyalah sejam daripada waktu kami sampai.Setelah berhabis ikhitiar kami membeli juga tiket tersebut.Mujurlah salah seorang pemilik kenderaan sewa membantu kami mendapatkan pemandu pada harga yang murah dan membawa kami terus ke kedai kamera yang menawarkan harga berpatutan.Bila sampai di kedai itu, kami diberitahu yang semua kamera berada di pusat pameran di salah sebuah pasar raya di situ.Kami bergegas ke sana.Setelah tawar menawar, En At membeli sebuah kamera Canon 400D dan bergegas pulang ke Jeti.Kami bergegas ke feri yang sudah pun menghidupkan enjin.Rupanya kalau kami naik feri yang lebih kecil kami boleh sampai lebih awal berbanding feri besar.Akhirnya kami berlegar legar di sekeliling kangar sebelum mengambil keputusan melusuri pantai Kuala Perlis ke Kuala Sungai Baru.Kemudian kami mencuba kamera baru yang dibeli En.At.
Apapun gambar awek/bini sapa ntah yang dok tepi pantai Kuala Sungai Baru ni menarik perhatian lensa aku.hahaha..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 24-Nov-2007 15:42 |
Email | Share | | Bookmark |
|
From Prai To Penang
|
|
Today is CC Zarina daughter wedding day.I came early to Penang Hospital to meet with Hafez.Then together, we went to the wedding.After weeding I went to visit Syidah father that was warded at A4.He had undergone bypass at GH.
|
|
|
|