Want your
own Fotopage?











 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 24-Jun-2008 16:08 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Shidah & Yusuff

Shidah dengan posenya
Shidah bersama sistem A/E dan rakan
Bersama sahabat
View all 19 photos...
Hari ni pagi-pagi lagi aku terpacak kat umah Shidah kat Kuala Ketil tu.Sampai jer kat situ
tengok dah ada sorang photographer dok shoot gambar suasana dan juga hantaran.Aku bersalam dengan dia.Dia perkenalkan dirinya sebagai Abg Mi.Aku segan nak kuarkan DSLR aku sebab tak mau ganggu tugas dia. Aku pun amik la video seperti biasa.Lepastu keluar lepak dengan DJ iaitu Din dari pejabat penerangan Timur Laut.Lepas tu Abg Mi keluar dan kami bertiga sembang sakan.Lepas tu barula aku keluarkan kamera aku.Majlis berjalan dengan lancar.Aku shoot video dengan mudah sebab banyak posing Abang Mi dah ajarkan.Haha.Sambil tu aku shoot gak still.Walaubagaimana pun majlis terganggu hampir 2 jam apabila bilik pengantin diceroboh pencuri,Pencuri tu melarikan beg tangan Shidah dan juga pengapitnya.Kami semua terkejut.Sesi bergambar terpaksa ditangguhkan. Abg Mi pulak rasa tak sedap hati sebab kami dua juga penah masuk dalam bilik tu sebelum kehilangan.Dia terpaksa bukak beg dia nak tunjukkan yang dia tak amik barang barangtu.Kesian kat Shidah dan juga pengapitnya.Aku pula rasa agak terkilan sebab masa aku masuk ambil lens aku ternampak handphone pengapit shidah tapi tak tergerak nak nasihatkan dia supaya simpan.Aku dan Abg Mi tangguhkan dulu sesi bergambar bila tengok emosi Shidah jadi tak menentu.Tak guna punya pencuri.Pukul 5 lebih baru kami sambung sesi bergambar. .

Apapun dedikasi yang Shidah tunjukkan buat kami terus bersemangat untuk teruskan kerja-kerja kami.Terima kasih juga Abang Kimi creative atas usaha sama yang menarik.hehee.Kepada pengantin di luar sana.Berhati-hatilah di hari kenduri.

Ada gaya..........teruskan menembak.... Tue 29-Jul-2008 11:33
Posted by:Ushar  - [Link]
untung juga anda ada DSLR..kawan cuma guna pns jek..lagi segan nak keluarkan bila nampak geng yang guna DSLR
tiap majlis kawen sepatutnya barang2 peribadi disimpan selain ada orang yang menjaga bilik..
Tue 29-Jul-2008 15:48
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
bob...jom pg ahad ni kita serang politeknik...kita shoot....... Tue 29-Jul-2008 16:20
Posted by:arjuna arjuna_alang@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Monday, 23-Jun-2008 21:41 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Rashidah Dan Yusuff

 
 
 
View all 11 photos...
Pada mulanya aku agak keberatan untuk terima tugasan ini.Shidah ialah salah sorang Jururawat di Unit Kemalangan dan Kecemasan Hospital Pulau Pinang.Masa dia rancang nak kawin dia mencari seorang jurukamera dan Kak Ton serta rakan-rakan aku kat sana telah rekomenkan aku.Aku pulak berat hati sebab susah nak buat kerja kalau orang tu aku tak kenai.Yang aku dok buat video sebelum ni pun semuanya aku kenai dan agak rapat dengan aku.Tapi Alhamdulillah Shidah dalam masa yang singkat mahu berkenalan rasa macam dan lama kenai dia.Aku anggap macam kak pun ada.Dia pun pandai amik hati so secara automatik hati yang berat dah jadi ringan.Pada hari akad nikah aku awai awai lagi dah tunggu kat Masjid Kuala Ketil.Hujan sangat lebat pada petang tu sampaikan rombongan pengantin terkandas akibat jalan dinaiki air.Tapi alhamdulillah semuanya selamat.Maka aritu aku jadi multipurpose man la.Pegang Video,Pegang Still.haha nasib tak kena hantar pi Kuala Pegang.


baguih dok ada
Sat 28-Jun-2008 14:46
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
canttik juga hasilnya..
kena dengan tagline jurugambar orang kamoung..
Mon 30-Jun-2008 14:21
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
bob..hg dok mne?klau dkat2 leh gak ajak minum2 ke..leh kenai2.. Mon 7-Jul-2008 16:47
Posted by:arjuna arjuna_alang@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 19:55 Email | Share | | Bookmark
Majlis Anugerah Cemerlang ADTEC Kulim Sesi 1 2008

 
 
 
View all 6 photos...
Aku saja saja seronok shoot acara hari ni.Tapi tak dak mood.Tatau sebab pa mungkin sebab banyak benda dok fikir kot.Aku pi pun sat jer sebab tak dak geng.Yati masuk dan duduk antara staff lain.En.At plak cuti jadi memang aku keseorangan.Last last aku balik ke PS dan dok kaunter kemudian layan feeling sorang sorang.Apapun ni sedikit gambar yang aku shoot waktu majlis tu.

Care to comment?


Wednesday, 21-May-2008 20:58 Email | Share | | Bookmark
Selamat Bertukar

Kak Zan Tokey UiTM
En.Azhar Bos Hasil
Hadiah Buat Suraiya
View all 9 photos...
Yang datang pasti akan pergi.Begitulah lumrahnya kehidupan kita.Setahun yang lalu Bilik Daftar Hospital Seberang Jaya menerima 3 orang Pembantu Tadbir baru iaitu Mazlina,Suraiya dan juga Noriza.Tetapi apabila berlaku penstrukturan semula tahun ini sempena kedatangan Pembantu Tadbir yang bertukar masuk, ketiga-tiga mereka telah berpinda keluar.Suraiya telah dapat bertukar ke Hospital Sungai Bakap kerana sebelum ini pun dia berulang dari sana.Noriza pula ditukarkan ke Unit Rekod Perubatan atas sebab sebab tertentu.Maz pula dipindahkan ke Unit Kewangan sebab dikatakan gajinya terlalu besar untuk terus bekerja di BDM.Macam macam hidup ni kan?Takpala sebab depa orang kerajaan.Macam aku ni, semua nya tak pasti.tahun depan kontrak aku pun dah nak abis.Lepas ni apa aku nak buat?Yang pasti banyak login baru aku kena buat dan login orang yang keluar aku kena hapuskan.Aduh satu lagi khidmat masyarakat oleh aku untuk Unit IT HSJ

D3.......D300....
D200 already not in production...discontinue
D3=RM15k
D300=RM5.3k
tengah dok cari celah tilam.....
cari lam pungkoq kereta...manatau...
dalam bank tau dah banyak mana....
adoiiiiiiiii
Tue 24-Jun-2008 12:39
Posted by:mfouzi
ye laaa..azah tu laaa...kenduri dia 13hb dec ni....bob klau hg mau jd officialfoto dia hg deal la ngan dia.aku x dpt time tu... Wed 25-Jun-2008 05:39
Posted by:arjuna arjuna_alang@yahoo.com  - [Link]
sori..lama x singgah fp ni... " kembali lagi...." n3 terbaru jue Fri 27-Jun-2008 15:42
Posted by:jue  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Sunday, 11-May-2008 22:04 Email | Share | | Bookmark
Sesi Makan Malam Bersama Sufi Dan Ray

Saf dengan ayunya
Awat saf rindu ka jeles
Dok bincang pa tu
View all 6 photos...
Salah seorang sahabat baikku iaitu Sufi kini sedang bercinta dengan seorang lelaki Perlis. Cinta mereka berdua bukan lagi rahsia buatku.Cuma safra sahaja yang kurang mengenali pasangan Sufi tersebut.Apapun aku gembira kerana kekasih Sufi kali ini boleh menerima aku dan aku berasakan seperti sudah lama mengenalinya.Pun begitu, Sufi masih merahsiakan nama sebenar kekasihnya itu dah lebih senang membahasakan dia sebagai Ray.Ray seorang yang peramah dan mudah dibawa berbicara. Walaupun lebih muda daripada aku tapi jurang itu langsung tidak aku rasakan.Paling aku gembira ialah bagaimana dia begitu mengambil berat Sufi.Aku harapkan hubungan mereka akan segera dimetrai dengan ikatan suci perkahwinan.Pun begitu aku kembali pening bila mengenangkan sekali lagi Perlis menjadi destinasi kenduri mereka.Huhu.benar kata orang semakin kita lari semakin dekat ia kepada kita.Pada malam ini sufi dan ray telah membelanja kami makan di kedai makan chot squat di Teluk Air Tawar.Turut diheret bersama ialah Safra.Pada majlis ni kami paksa saf pulak citer pasai kisah cintan dia.hahahah...lani tinggai aku jer masih belum berteman.jeng jeng...

gambar2 yg menarik Tue 17-Jun-2008 02:27
Posted by:trisno  - [Link]
hak mana satu sufi & saf ni, cek kompius sat
** Manusia bercinta lumrah asai jangan lupa kawan sebelah dah lah no
NiceShoot!
Sat 28-Jun-2008 22:50
Posted by:dOd  - [Link]
aku blh saman nie......slh guna gmbr aku nie......siap ada cerita plak tu...... Sun 24-Aug-2008 06:32
Posted by:sufi
View all 8 comments Add comment


Saturday, 10-May-2008 06:56 Email | Share | | Bookmark
Perkhemahan Kelab Rekreasi ADTEC Kulim Di Pantai Merdeka

Gambar beramai ramai
Sesi Upsailing
Peserta Pertama
View all 18 photos...
Aku dijemput oleh penyelaras Kelab Rekreasi ADTEC Kulim, En Hatzari untuk bersama sama mengikuti aktiviti perkhemahan di Pantai Merdeka.Pada kali ini dia juga membawa Cik Hanani dan juga seorang staf baru yang menggantikan kak Nani iaitu Cik Norhayati.Kami tak sangka yang Cik Norhayati ni akan bersama sama mengikut kami ke perkhemahan ini sebab dia baru sangat bertugas di ADTEC.Aku pulak sampai selepas solat Jumaat sebab lambat discaj dari Hospital Penang.Patutnya pagi tu aku dah mai untuk ambil gambar berkayak tapi doktor kat Hospital Penang tak mau discaj aku.Puas aku pujuk baru dapat keluar.hehe.Lepas Jumaat terus aku pecut ke sana.Petang tu ada aktiviti abseiling.Aku cuma shoot gambar bebudak tu turun tali.Lepas tu kami bergerak ke Yan.Berenti kat Tanjung Jaga tapi hari dah gelap,pastu pi survey Pantai Murni.Tapi tak dak tapak nak buat khemah.Seterusnya kami ke Sungai Yan sebab Yati ajak pi umah Mak dan Pak Lang dia.Lawak gak tengok Yati dok buat lawak dengan Mak Lang dan Pak Lang dia.So sila lah view entry kali ni.Kepada pakwe Yati atau sesiapa yang meminati Yati.Maaflah kalau anda rasa tercabar sebab banyak gambar Yati.Tak dak maksud tersirat atau tersurat.Tapi dah dia jadi model.Saya Shoot jer.huhuh

hye bob..
hehehe..
sj jer nak drop komen kat cni...
em.. gambar yang cantik..
model pun cantik..
huahuahua
Thu 12-Jun-2008 16:17
Posted by:yatie y4ttsoul_85@yahoo.com
Ermmm..gambar2 ang best,,,semua boleh tahan..keep it up..hhehhehe...model mana tu...heheh
SEBELUM TERLUPA..SELAMAT BERJAYA DALAM PEMBEDAHAN TU NANTI..
KAMI SAMA2 BERDOA AGAR CEPAT SEMBUH...AMIN...
Mon 28-Jul-2008 19:25
Posted by:mr.papaiesz (northSUN) kindouna@yaho0.com
Gambar cun bersama2 aweks cun
SEBELUM TERLUPA...SELAMAT BERJAYA DALAM PEMBEDAHAN TU NANTI..
KAMI BERDOA..AGAR CEPAT SEMBUH
Mon 28-Jul-2008 19:30
Posted by:mr.papaiesz (northSUN) kindouna@yahoo.com
Add comment


Sunday, 4-May-2008 17:04 Email | Share | | Bookmark
Kenduri Kesyukuran Siti Safra

Sufi dengan gayanya
Meh makan dulu
Wani
View all 21 photos...
Saf sms aku bagitau suruh mai umah dia.Kalau boleh petang sikit sebab dia nak kami semua berkumpul.Aku pulak dah ada majis kat McD.Majlis tu membawa ke pukul 2.Lepastu aku ke Sunway carnival.Jumpa sekali lagi Mahfuzah.Temankan dia jalan jalan sementara tunggu hadiah di balut.Kemudian aku bergegas ke rumah saf.Sampai disana Sufi, Wani dan Keda dah ada.Em kecoh la kami dok sembang pasai kawan kawan dan pasai macam macamla.Bagi aku pula terubatlah rindu nak jumpa depa.Kalau tak aku cuma dok sembang dengan sufi dan saf kat dalam YM.Wani pulak ni jala dapat jumpa dia. Dia tak masuk YM.Kira terubatla rindu aku kat depa..anak anak aku ni..

nice pic dan fp...adik suka tgk...jgn lupa add link adik ok..leh share idea tau

http://syafiqakram.fotopages.com

best skill abang...adik baru 11 tahun...ajar adik leh x...abg guna web mana edit pic..bagitau adik leh x
Thu 29-May-2008 04:19
Posted by:ahamd syafiq akram syafiq.amir@gmail.com  - [Link]
naper tal letakkan link fp anda masa komen..nasib baik saya ingat link anda!
saya keje kat Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) naper? anda pun sama ker?
biler nak update baru...
Fri 30-May-2008 15:50
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
hye...bro mohd azri.... bila nak update nih...xkan tempek gambar awek jer kot...????
re: huhhh...nak suh import jual kt msia set tu...jue ni x reti bisnes lar.... maunyer x laku nnt ...
Sun 1-Jun-2008 13:17
Posted by:jue  - [Link]
View all 11 comments Add comment


Sunday, 4-May-2008 12:35 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perpisahan Ridhwan

Tembakan oleh Papaiez guna kamera aku
Otai The Sun
Kawan baik Pali dah keluar
View all 6 photos...

Aku dapat SMS dari Pujah semalam untuk menghadirkan diri ke Majlis perpisahan untuk Mad Wan.Aku pulak letih gila sebab semalam dok lepak kat spital Penang.Aku tidur 2 jam kemudian bangun dan bersiap siap.Dalam kalut kalut aku bergegas ke McDonald Seberang Jaya.Bila aku sampai Pujah dah sampai.Sembang dengan dia dulu.Depa yang lain tak sampai lagi.Kemudian, Izan, Wan, Pali,Zahir dan kawannya serta anwar faiz sampai.Kemudian Fitri pun sampai.Majlis diadakan sempena minggu terakhir wan di Penang.Lepas ni dia dapat keja kat KL.Sempat gak aku sedut resepi Chicken Chop dia.hehe.Apa pun kami puas makan.Pujah plak belanja sakan kami.Apapun terima kasih Pujah sebab belanja aku.hehehe..

Care to comment?


Monday, 14-Apr-2008 18:49 Email | Share | | Bookmark
Pokok Sena,Gulau,Serendah Sekebun Bunga, Mahang

Pemandangan Tasik Beris
Bekas Bendang Di Sik
Sungai Dekat Serendah Sekebun Bunga
View all 4 photos...

Petang sabtu tu aku menghantar adik perempuan ku ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena Kedah.Hujan turun dengan lebat sekali.Aku tak balik kerumah sebaliknya ke Gulau untuk berjumpa kawan lama aku.Malam tu aku tidur di sana.Esoknya pagi pagi lagi aku ke Serendah Sekebun Bunga kira kira 4 KM dari Pekan Sik untuk berjumpa adik lelaki aku.Dia datang ke situ membawa pelajar-pelajar UPSI untuk satu program khas.Puas gak aku cari dia.Yang dok jumpa ialah student dia.Rupanya dia keluar dengan kereta.Nasib masa keluar jumpa dia.Lepas jumpa dia aku memecut ke Mahang.Sampai di sana aku dok tengok Pn.Rokiah menghasilkan video TMD.Sambil sambil tu aku tolong Pn Siti install laptop adik dia.huhu.letih sungguh aku hari tu .satu kedah dah aku round.hehehe

Care to comment?


Saturday, 29-Mar-2008 18:40 Email | Share | | Bookmark
Sesi Menembak Bersama Papaiez

Perpustakaan Negeri
Masjid Terapung
Masjid
View all 5 photos...

Tengah dok lepak-lepak Anwar Faiz menelefon aku suruh datang ke rumah dia.Kemudian dia ajak ke rumah pak sedara dia.Ada kenduri kesyukuran.Maka aku pun tumpang sekaki la.Dia pulak sibuk shoot gambar pakai kamera aku.Dia kira otaila sebab hari hari kerjanya bawak kamera sebab dia bertugas dengan paper The Sun.Lepas tu dia ajak aku ke Pulau Pinang nak shoot beberapa bangunan yang diminta oleh JKR.Aku pun ikut la kot kot boleh belajar skill dia.Tapi aku kagum tengok dia lincah menggunakan senapang Nikon D70S dia.Memang pro la dia.Mula mula kami shoot perpustakaan Negeri ket Seberang Jaya.Kemudia kami ke Masjid Terapung kat tanjung tokong.Yang frust ialah bila nak shoot gambar Ibu Pejabat Polis Negeri kat Jalan Petani.Polis kat situ tak mau kasi.Macamla kami nak kasi gambar tu kat Al Qaeda.papaiez pulak malas nak tunjuk kad media dia.kalau dia tunjuk gerenti beres.Letih punya pasai malam tu kami makan roti benggali.huhuhu

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.