Want your
own Fotopage?











 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Monday, 29-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hayati Keindahan Perlis

amboi tomeynya anak sapa tu
3 Dara Pingitan
Aik tak posa ka gigit tali kamera
View all 15 photos...
Seperti biasa.Setiap kali ramadhan tiba aku akan berkira-kira untuk ke Perlis.Destinasi utama aku ialah Padang Besar.Syurga membeli belah aku.Seperti namanya Padang Besar, di sini lah satu-satunya tempat yang menyediakan baju bersaiz 4XL untuk orang seperti aku.Kalau dulu kedatanganku ke negeri ini seronok dengan lawatan ke rumah kakak-kakak angkat tapi konflik yang berlaku hanya meninggalkan kenangan sahaja bila berada di negeri ini.Seperti biasa aku masih melalui kawasan yang pernah meninggalkan kenangan mendalam buat aku di sini.Hati sedih dan pilu kerana pada hari lebaran yang semakin hampir aku masih belum mendapat kemaafan daripada seseorang di sini.


Pun begitu kedatanganku kali ini tidak sesunyi tahun yang lalu kerana aku ditemani oleh tiga dara pingitan yang aku import khas dari ADTEC Kulim.Sepanjang perjalanan hatiku yang agak sayu terhibur dengan telatah mereka.Ada yang merajuk pakwe dia tak mau mai, ada yang sedih tak dak pakwe.Macam macam dengan depa ni.Bila pi Padang Besar depa punyala shopping sampai Raja Perlis turun beli barang belakang depa pun depa tak sedar.Dasyat sungguh penghayatan depa ni bila membeli belah.Aku rasa kagum gak sebab Raja Perlis sanggup mencemar duli dengan bersembahyang Jumaat di Masjid Padang Besar dan seterusnya membeli belah di Padang Besar.Lepas shopping kami ke gua kelam.Tapi sayang perkhidmatan keretapi dah pun ditutup.Letih aku mengekor anak-anak dara ni.Sampai last sekali semua letih bila sampai di penghujung gua.Sayangnya Ida plak sakit so tak dapat join.Sesi terakhir kami ialah sesi berbuka di Kuala Perlis.Orang ramai sungguh petang tu.Nasib kami sampai awai.So tak berebutla.Makanan pun murah.Bila balik.Semua pakat senyap.Sebab kenyang dah letih.Apapun terima kasih Yati,Ida dan Siti kerna menemani aku menghayati keindahan Perlis

wah..wah...siap bawak aweks jln2 tu. kita dok sana dulu x penah ajak pun..anyway....teruskan usaha anda menjadi fotographer cam bluesssss.....hahahahaha Thu 9-Oct-2008 07:12
Posted by:xadteckulim nizam@ilpapnt.gov.my
To en.nizam.haha.bukan tak mau ajak kang wife kat umah tu marah kang.hahaha.ni perjalanan orang orang bujang jer.huhu.. Fri 10-Oct-2008 04:37
Posted by:azri@bob  - [Link]
wah wah.. sakan depa nie.. Thu 16-Oct-2008 07:01
Posted by:~jejaka~HasnizamPhotography~  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Sunday, 28-Sep-2008 22:10 Email | Share | | Bookmark
Hayati Kemaafan Di Aidil Fitri

Tukang Susun Bunga
Bersama Kiai Mahmud
Posing Bersama Kiai
View all 7 photos...
Aku datang ke ADTEC minggu terakhir puasa.Dalam kesibukkan format laptop dan juga membetulkan printer warna di Pusat Sumber, aku mengambil kesempatan untuk mengambil group foto kakitangan Pusat Sumber.Entah kenapa dalam kepala aku timbul idea untuk menghasilkan kad raya khas untuk Pusat Sumber.Sesi shooting agak lembab kerana beberapa staf sibuk dan tiada.En.Pickiry pula hanya berada di situ bila sesi group shooting dah berakhir.Mau tak mau terpaksa la aku gunakan teknik superimpose.Kemudian kami mencetak gambar tersebut di atas kertas khas yang aku beli sehari sebelum itul.Hasilnya amat memberangsangkan dan aku minta kad tersebut itu di lekatkan di Pentadbiran dan juga diserahkan kepada pengarah.


Pada kesempatan ini saya memohon ribuan ampun dan maaf andai terkasar bahasa sepanjang berkarya di sini atau mungkin ada gambar-gambar yang dipaparkan di sini mengguris hati dan perasaan pengunjung.Juga maafkan jika terdapat komen di laman kalian semua yang menyebabkan kalian berasa hati. Sesungguhnya kemaafan adalah suatu yang amat indah.Saya sehingga kini masih menanti kemaafan daripada seseorang kerana satu kesalahan lampau yang sukar untuk dimaafkan.Hari raya ini kemaafan itu tetap saya pohon walaupun hakikatnya ia sukar untuk diberikan.Maafkan saya......

salam syawal Mon 29-Sep-2008 07:56
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Selamat maju jaya,
Selamat berpuasa,
Selamat hari raya
Maaf zahir batin ek
more updates @ http://daingma.fotopages.com
Mon 29-Sep-2008 14:25
Posted by:unnamed
ni yang jeles nie...Telekom tak der pun wat kad raya...huhuhu...tu la hang pa tak mo tlg wat utk bhg kami sama2...anywhere kami nk ckp kad raya yang hang pa wat tu cantik & menarik...So dikesempatan ni kami nk ucapkan selamat hari raya & maaf zahir batin...Raya ni jemputla ke rumah...kalau dijemput nnti kena dtg tau... Tue 30-Sep-2008 16:14
Posted by:Falina nana_ciast@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Monday, 15-Sep-2008 16:29 Email | Share | | Bookmark
Hayati Makna Kemerdekaan

Sedia...
Lari....
Sedia..
View all 12 photos...
Gambar utama yang dipaparkan ini ialah pemandangan seorang lelaki dan gambar gunung bongsu.Gunung ini menjadi latar bagi sebuah novel yang ditulis oleh Ustaz Azizi Abdullah iaitu yang bertajuk Seorang Tua Di Kaki Gunung.Sebenarnya Gunung Bongsu adalah latar pemandangan yang aku tatap saban hari semasa belajar di ADTEC Kulim.Pada 28 Ogos yang lalu aku dijemput sekali lagi ke sini untuk sama-sama merakamkan suatu program anjuran PROSTAR Kulim dan ADTEC Kulim iaitu program Larian Merdeka.Program ini bukan sahaja dibuka kepada warga ADTEC kulim tetapi juga kepada masyarakat setempat dan juga golongan vateran.Bagi golongan kanak-kanak pula iaitu bagi yang sedang belajar di Tadika,Pasti dan Prasekolah juga dijemput untuk program mewarna tema kemerdekaan.

Aku kagum melihat warga emas atau bahasa kasarnya warga tua di Mahang ini yang mampu berlari berkilometer jauhnya tanpa tercungap cungap.Aku pun tak mampu berlari cam depa ni.Yang aku tau cuma naik motor ja.huhuu...

suka tgk gambar ni..nampak cam nyaman jew..hehhehe Mon 6-Oct-2008 08:32
Posted by:ytie y4ttsoul_85@yahoo.com
waaa...bestnyer. dah lama x p cna. Fri 26-Dec-2008 05:17
Posted by:k.ina
Add comment


Sunday, 14-Sep-2008 13:25 Email | Share | | Bookmark
Hayati Suatu Perpisahan

Dengan geng geng baru
Peace pn rokiah
nak nangis tapi tak jadi
View all 6 photos...
Ini adalah gambar Majlis perpisahan salah seorang pengajar aku. Gambar ini aku tangkap hujung bulan jun.Hari ini adalah hari yang paling sedih dalam hidup aku.Pengajar terakhir aku iaitu Pn Rokiah telah diarahkan bertukar ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai Nibong Tebal. Beliau merupakan antara pengajar terawal yang meneroka ADTEC Kulim dan yang paling rapat dengan aku. Dia juga telah menjadi penyelia projek akhir aku di sana dan terus memberi semangat kepadaku walaupun ketua bahagian kami menyatakan projek aku itu "impossible" untuk berjaya.Paling mengesankan aku ialah apabila pada hari perkahwinannya, selepas tamat bersanding dia terus bertanyakan sama ada projek aku itu lulus atau tidak.Hal ini kerana kertas laporan projek akhir aku itu ditolak berkali-kali oleh ketua bahagian sehinggalah tarikh Pn Rokiah bercuti untuk berkahwin.Banyak kali juga aku kekampungnya untuk melawat dia selepas bersalin. Kini aku rasakan begitu keseorangan setiap kali ke ADTEC Kulim

Care to comment?


Saturday, 13-Sep-2008 20:32 Email | Share | | Bookmark
Hayati Kenangan Bahagian 3

 
 
 
View all 6 photos...
Dua tiga hari sebelum aku shoot gambar ni aku berjumpa dengan Tok Guru aku yang banyak dok ajar teknik ambil gambar ni.Aku pi jumpa dia sebab nak format laptop dia yang kena virus.Kemudian dia cabar aku suruh amik gambar kenduri salah seorang AJK Alumni SMKGP iaitu Yus.Mengenangkan kenduri tu bukan kenduri Yus sebaliknya kenduri abang dia aku pun malas la nak ambil.Lagipun aku masatu memang malas nak edit gambar.Nak upload gambar dari kamera ke Laptop pun malas.huhuu.Kebetulan pada tarikh tu aku kena ke Alor Star.Tapi sehari sebelum tu Yus call aku minta tolong aku sangat sangat untuk ambil gambar abang dia.Aku pun akhirnya mengalah dan kata akan cuba untuk hadir keesokkannya.

Nak di jadikan cerita waktu tengah syok shoot gambar dalam banyak banyak rombongan pengantin perempuan tu barulah aku sedar ada nya Azizah.Azizah ni adalah salah sorang Pembantu tadbir yang berkerja di Hospital Seberang Jaya.Dulu dia bekerja di Hospital Penang dengan aku di Bilik Daftar Masuk.Memang sejak 2 bulan lepas dia dok merayu aku suh jadi jurukamera kenduri adik iparnya.Rupanya ni lah adik iparnya.Aduh keciknya dunia ni.Aku pulak punya dok tolak dengan pelbagai alasan.Bila dan terserempak camni malu pun ada.hahah.Apapun kita tengok dulu gambar yang aku shoot.Maaflah aku tak ingat nama pasangan ni sebab aku bukannya dapat kad pun.hahaha.Dah jadi bidan terjun camni la nasib..

Care to comment?


Friday, 12-Sep-2008 21:32 Email | Share | | Bookmark
Hayati Kenangan Bahagian 2

Marhaban
Hantaran
Pelamin
View all 12 photos...
Sebenarnya gambar ni aku dah ambil lama.Tapi tak sempat nak up ke sini sebab sibuk dengan masalah nak masuk wad haritu.Aku sebenarnya jadi bidan terjun masa ambil gambar ni.Semuanya sebab terhutang budi dengan En.Roslan iaitu bos lama aku kat UiTM Pulau Pinang.Lagipun aku kagum dengan kesungguhan dia aturkan sesi ni sampai sanggup panggil bakal pengantin untuk sesi briefing.Pengantin perempuan ni namanya Nurul.Dia keja UiTM sebagai Juruteknik.Nurul ni budak sekolah aku dulu.Dia kenai aku tapi aku tak kenai dia.huhu.Lawak sungguh.So sampai ja hari tu aku pun ambil la gambar.sebenarnya kepala pun tengah pening sebab aku langsung tak tidur sebab baru balik dari kerja malam.Nasibla gambar semuanya menjadi.Kali ni aku mencuba teknik mengurangkan breathing area seperti yang disarankan oleh papaiesz.Nasibla pasangan Nurul iaitu Izam sporting mengayakan semua arahan yang aku suruh.


Walaupun aku kurang perasan Nurul masa sekolah tapi aku kenai dengan pengapit dia iaitu Hidayah.Kira muka dia tu nampak familiar la.Then sebulan dua lepas kenduri ni barulah aku tau yang si Hidayah ni akan berkahwin dengan salah seorang jurugambar FP dia aku selalu ushar iaitu saudara Desa.Aku kagum dengan tunang Hidayah ni sebab kerajinan dia mengikuti pelbagai kursus dan mencuba pelbagai teknik dalam mengambil gambar.Aku pun tak serajin dia.Apapun kalau nak kenali tunang si Dayah ni bolehlah melawat FS dia di http://onealienz.fotopages.com/.

salam kenal..slm jegukk n slm ukhuwah..
nice pixxx..but,,apo ke bendo tuu ngn gambar2 lelangit ponn snap jugakk??
but,sweett bb yg perkahwinan rasid tuu...geyamm laa..
Mon 15-Sep-2008 13:27
Posted by:alyaa leeya_snasz@yahoo.com.my  - [Link]
dah lama tak menjenguk anda nih abg bob...
sedey juga bila baru dpt tau anda masuk wad..
selagi anda diberi peluang kedua..maka kita sbg rakan-rakan akan sentiasa berhbung..
salam ramadahan untuk anda...
Fri 19-Sep-2008 16:26
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
mmg rasa cam penah tgk kat sekolah dua2 org ni(yang perempuan tu) Wed 1-Oct-2008 14:38
Posted by:Siti@dazyn sitim_am@yahoo.com.my
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 10-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hayati Kenangan Bahagian 1

 
 
 
View all 8 photos...
Ini ialah gambar kawan sekelas masa di Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim (ADTEC). Dia orang Baling.Lepas belajar terus lost contact sampailah dia tiba tiba call dan nak jemput mai kenduri dia.Aku pun bagi la selagu dua.Rupanya dia lani dah jadi Wadar penjara.Aku cukup kecewa dengan kawan kawan sekelas dahulu yang seakan melarikan diri daripada aku bila dah dapat kerja tetap.Mentang mentanglah aku ni cuma penjaga Hospital ja.huhu.Apapun aku tetap pi kenduri dia.Sampai sana dah ada photographer wanita pakai SLR filem dok ambil gambar.Aku segan la nak keluarkan kamera sehinggala kawan tu balik.Lepas tu baru aku shoot gambar lia dan pasangan dia.Rupanya pasangan dia tu ialah Faizal iaitu salah seorang budak batch kami tapi berlainan kursus.Dia kursus pengeluaran.Apapun salam kebahagian buat mereka berdua.

Care to comment?


Sunday, 24-Aug-2008 21:00 Email | Share | | Bookmark
Hayati Suatu Kehidupan

Lahirnya seorang insan
Bermulanya suatu kehidupan
Anak Puan Rokiah.
View all 4 photos...
Pertama sekali aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang tak henti-henti memberikan kata semangat kepadaku sepanjang menjalani proses rawatan di Hospital Pulau Pinang.Maafkanku kepada sesiapa yang menghantar SMS atau membuat panggilan tapi tidak berjawab kerana aku menggunakan telefon lain yang tidak mempunyai kesemua nombor telefon.Telefon kesayanganku itu aku simpan di Bilik Daftar Masuk bagi mengelakkan risiko kehilangan.
Em.Mungkin gambar yang aku paparkan ini tidak kena mengena dengan diriku tapi bagi diriku, aku bagaikan dilahirkan semula apabila Doktor mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembedahan.Detik-detik yang berlalu sebelum hari pembedahan ku rasakan bagaikan menanti hukuman mati.Kesemua Doktor pakar menyatakan peluang untuk aku selamat dalam pembedahan itu adalah tipis.Tapi aku tiada pilihan kerana penyakit yang aku hadapi ini lambat laun pasti akan menyebabkan banyak komplikasi sampingan.Mujurlah ketua jabatan ENT iaitu Dr.Phua mengarahkan salah seorang pakar iaitu Dr.Victor mencuba sejenis alat diberi nama Continuous Positive Air Pressure.(CPAP).Alhamdulillah mesin CPAP automatik ini berjaya menyelesaikan masalah yang aku hadapi.Kesemua perasaan yang bercampur baur sebelum itu sedikit demi sedikit berkurangan.Aku akhirnya diarahkan untuk mencuba mesin tersebut untuk tempoh seminggu.Aku bersyukur kerana di beri peluang kedua.
Maka bermulalah perjuangan aku untuk menyelesaikan masalahku ini.Pertama sekali aku harus mencari jalan untuk membeli mesin yang berharga RM8000 ini dan juga belajar menyesuaikan diri untuk hidup bersamanya.Kedua aku akan menjalani satu pembedahan kecil yang dipanggil Submocous diathermy. Seterusnya aku akan menjalani pelbagai sesi perjumpaan dengan Doktor dari pelbagai disiplin seperti Dietetik,ENT, dan juga Dada.

Sepanjang berada di wad, aku banyak berfikir.Melihat bilah-bilah kipas di siling bagaikan memutarkan kembali segala memori yang berlaku ke atas diri ini sepanjang kehidupan yang lalu.Kesunyian dan kebosanan di wad memberikan aku perspektif berbeza tentang hidupku.Jika dahulunya aku berasakan yang aku mempunyai ramai kawan-kawan namun kini aku sedar bahawa aku sendirian di sini.Tulisan Dr.Tuah didalam bukunya bertajuk Membina Jati Diri supaya melihat adakah diri kita ini ditangisi pemergiannya dan dirindui selalu atau diri kita didoakan pergi sedikit sebanyak terkesan kepadaku Ternyata diri aku ini datangku tidak pernah diundang, permergianku tak pernah dihalang dan kewujudan aku kadangkala menyusahkan seseorang.
Sepanjang aku berada di wad hospital Pulang Pinang juga banyak yang aku pelajari.Aku juga terkesan dengan sikap seorang Pembantu Tadbir baru bernama Adlina. Aku kagum melihat kesetiaannya kepada arwah sahabatnya yang meninggal dunia beberapa tahun yang lalu di Bagan Serai Perak.Dia yang berasal dari Ipoh kini saban bulan menziarahi kubur arwah sahabatnya itu di kampung Padang Ibu yang terletak di seberang sana.Alangkah beruntungnya arwah sahabatnya itu memiliki seorang sahabat sepertinya.Adakah aku punyai seorang sahabat seperti itu?
Aku tidak mahu berceloteh panjang.Kini aku dalam usaha mencari kekuatan untuk kembali menjadi "Azri@Bob" yang dulu kerna kini aku berasakan suatu kehilangan. Aku bagaikan kehilangan daya dan usahaku yang dahulu.Mungkin kesunyian dan kesakitan yang aku alami telah memusnahkan segalanya tentang diriku.
Gambar dibawah adalah gambar baby Pn Rokiah.Gambar yang aku ambil sebelum aku masuk ke wad.Alangkah indahnya menjadi seorang bayi...tenang tanpa sebarang masalah.

HAYATIlah idup ini.. Thu 11-Sep-2008 07:31
Posted by:ytie y4ttsoul_85@yahoo.com
Thu 11-Sep-2008 07:34
Posted by:ytie y4ttsoul_85@yahoo.com
mai menjamu mata dgn laksa utaqha.... jommm..... Thu 11-Sep-2008 18:18
Posted by:jue  - [Link]
Add comment


Tuesday, 29-Jul-2008 16:14 Email | Share | | Bookmark
Hayati Sesuatu Yang Tak Pasti

Kepada sahabat dan kawan kawan semua.Saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ribuan ampun dan maaf andaikata sepanjang perkenalan ini saya ada menyakitkan hati kalian semua.Esok atau lusa saya akan bertarung dengan persoalan hidup dan mati.Doa saya semoga saya terus selamat dan dipanjangkan umur.Kepada orang biasa yang mempunyai berat badan biasa, pembedahan ini hanyalah suatu pembedahan berisiko rendah tanpa meninggalkan parut.Tetapi bagi seseorang yang berbadan besar seperti saya, risiko kematian adalah satu risiko yang perlu ditempuh untuk melaksanakan prosedur Tonsillectomy ini.http://en.wikipedia.org/wiki/Tonsillectomy

Sekarang saya telah di diagnosa dengan Obstructive Sleep Apnea suatu situasi yang mana sewaktu tidur bekalan oksigen ke badan terganggu oleh bengkakan tonsil tersebut.Sebenarnya bukan orang gemuk saja mengalami masalah ini tetapi ramai juga orang kurus yang mengalaminya. Kesan daripada masalah ini tidak dirasakan dalam masa yang terdekat tetapi buat masa panjang iaitu masalah kepada organ-organ tubuh.

Kepada sesiapa diluar sana yang apabila tidur mengalami dengkur sila silalah buat pemeriksaan di hospital supaya penyakit ini boleh dirawat dan tidak memudaratkan kesihatan

Akhir kata maafkan saya andai terdapat salah dan silap.Semoga Allah terus memanjangkan usia ini dan sekiranya dia lebih sayangkan saya bingkiskanlah doa buat diri ini.

Bro 808,smoga cpt sembuh... Doa kami(warga smkgp) agar sihat ke akhir usia... Mon 4-Aug-2008 14:30
Posted by:prince_nmbh
........all the best........ Sun 24-Aug-2008 06:02
Posted by:sufi
semoga hang sihat walafiatun ruddin.sapa kata hang gemuk woi.hang tuf la. Sat 13-Sep-2008 14:14
Posted by:palie carcinogenic83@yahoo.com
Add comment


Sunday, 6-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pendaftaran Pelajar Baru ADTEC Kulim Sesi 2/2008

 
 
 
View all 6 photos...
Gambar yang dipaparkan ialah sesi pendaftaran pelajar baru ADTEC Kulim sesi 2/2008. Kali ni sesi agak kelam kabut.Sebabnya pengambilan pelajar kali ini tidak melalui sesi interview sebaliknya pengambilan terus.Ada beberapa pelajar yang berpakaian kurang sopan dilihat mendaftar sama.Tapi apa boleh buat, ini adalah keputusan kementerian.

Care to comment?


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.