|
|
| Friday, 7-Nov-2008 00:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Cinta Norsyidah Bahagian 1
|
|
Hari ini adalah hari penentuan samaada aku boleh bergerak sendirian dalam mengambil gambar perkahwinan atau tidak.Setelah hampir setahun memiliki dSLR hari ini adalah penentuannya.Sebenarnya aku kurang berminat untuk menjadi jurugambar perkahwinan kerana banyak syarat yang perlu dipatuhi.Tambahan pulak aku sebenarnya malas nak bersaing dengan jurugambar lain.Daripada pemerhatian aku ramai jurugambar di luar sana agak keberatan untuk bertukar idea dan skill sekiranya kita menyatakan tujuannya adalah untuk membuat bisnes perkahwinan.Selalunya bila aku katakan yang aku mengambil gambar bukan untuk bisness barulah mereka sudi berkongsi pendapat.
Hari ini adalah hari yang paling bermakna buatku.Sebabnya, hari ini adalah hari dimana sahabat baikku Norsyidah akan diijab kabulkan dengan pemuda pilihannya.Aku akan bercerita dengan lebih lanjut pada entry seterusnya.Aku bersolat jumaat di Masjid Bayan Baru.Kemudian aku mencari rumah Syidah.Dari rumahnya aku bertolak pula ke kedai pengantin untuk sesi bersolek.Syidah ditemani salah seorang saudaranya.Aku mula shoot sewaktu mak andam mula bersolek.Mak andam agak kekok bila aku dok shooting.Tambah menyukarkan apabila ruang solek juga agak sempit dan ada pelanggan lain sedang membuat setting rambut.Selesai bersolek syidah memakai pakaian serba putih yang di jahit oleh ibunya.Kami ke rumah Syidah dan aku mengambil beberapa shoot lagi.Seterusnya kami ke Masjid Bayan Baru.Setelah menunggu beberapa ketika pengantin lelaki tiba.Seterusnya majlis dimulakan setelah Tok Kadi bersedia.Aku terus mengambil gambar.Sayangnya kit lens aku yang tak dak image stabilizer menyebabkan banyak gambar kabur.Masa ni la aku mula dok terkilan tak dapa Tamron DI VC.hehe.Setelah majlis selesai aku bergerak pantas keluar.Namun sedang seronok menembak aku tergelincir dan terjatuh ke dalam longkang.Akibatnya tapak sebelah kiri flash 580 aku patah.Mujurlah kamera tidak mengalami sebarang kerosakkan.Paling menarik flash juga masih berfungsi walaupun ianya kelihatan terkulai.Aku meneruskan acara mengambil gambar walaupun mengalami kemalangan.Mujurlah flash tak merajuk dan meneruskan tugas hingga selesai.Aku bergerak pulang.Dalam kepala pening memikirkan macammana nak selesaikan masalah flash ni.Aduh...sampai jatuh longkang jadinya.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 17:33 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Suatu Jamuan
|
|
Hari ni aku dapat banyak sangat jemputan makan.Rasanya tak sempat nak layan semua.Tengah hari aku ke Hospital Seberang Jaya untuk selesaikan masalah komputer mereka.Selepas itu aku menunggu Aizat untuk ke kenduri Fahmi.Sesampainya di rumah kenduri kami terus layan nasi.Masa kami sampai orang tengah ramai jadi tak dak tempat duduk.Akhirnya kami dipersilakan makan depan pelamin.Nasibla abis ja makan pengantin masuk balik ke dalam untuk sesi fotografi.Kami pun layan la sat sebelum beredar.Rasanya OP haritu adalah dari Eiman Foto http://eimanphotomedia.fotopages.com
Lepas balik aku bergegas untuk amik kereta tapi sayangnya kereta meragam so tak bleh la aku ke majlis jamuan kat ADTEC kulim.Aku just sibuk menukar bateri kereta sebelum aku bertolak keluar rumah dalam pukul 7 malam.Aku terus ke Medan Suri.Sesampainya di sana aku terus menjamu selera.Aku menunggu kedatangan Kak Kinah sekeluarga sambil bersembang dengan Abang Ya dan Kak Ita. Sesudah makan aku terus mengambil Adlina untuk sesi makan makan di Mc D.Aduh kenyang makan ja akuni.Bilala nak kurus camni.huhuuhuh
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Oct-2008 15:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Semangat ALUMNI ADTEC Kulim
|
|
Majlis dirancang oleh kami AJK Sementara.Tujuan utamanya ialah untuk meluluskan perlembagaan Alumni dan juga melantik AJK tetap yang akan mengemudi Alumni ADTEC kulim.Surat sebanyak 300 keping telah dihantar mengikut alamat yang di ambil semasa pelancaran.Kami semua berharap agar kehadiran mestilah 2/3 daripada jumlah itu.Tapi apabila jam menjengah pukul 2.00 petang kehadiran tak sampai 30 orang.Sedih, kecewa dan pening kami dibuatnya.Ikutkan hati mau jer kami teruskan mesyuarat dan melantik dikalangan hadirin tapi setelah diminta oleh beberapa ahli kami bersetuju untuk menangguhkan majlis ke tarikh 28hb Disember.Mujurlah makanan sebanyak 300 orang itu terlupa di sediakan oleh pihak cafe. kalau tak jenuhla kami nak mentekedarah.huhu.Apapun aku kagumla juga sebab ada yang datang sejauh Ipoh untuk mesyuarat yang tak jadi ni.Barulah aku tau yang nak membina sesuatu tu amatlah sukar tapi bila dah establish nak runtuhkannya cukup mudah.Harap 28 hb nanti kedatangan nya lebih memberangsangkan
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 19-Oct-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Keindahan Perak
|
|
Seawal pagi aku keluar dengan adikku meronda kawasan Tanjung Malim.Pertama sekali adikku membawaku meronda ke dalam kampus UPSI dan fakulti tempatnya mengajar.Tenang sekali aku rasakan bila berada di dalam kampus ini.Mungkin kerana suasana UPSI yang dikelilingi kampung mewujudkan suasana itu.Tempat adikku mengajar praktikal pertanian pun menarik.Walaupun kecil sahaja tempatnya tapi letaknya ditebing sungai yang mengalir jernih air menarik perhatian aku.tapi sayang aku terlupa untuk mengambil gambar tempat itu.Seterusnya dia membawa aku ke pekan Tanjung Malim yang terbelah dua kerana pembinaan landasan berkembar.Hatiku terdetik, mungkin beginilah akan jadi kepada kampungku iaitu di Pinang Tunggal apabila projek ini sampai ke sana kelak.Aku bertekad untuk merakamkan suasana Pinang Tunggal sebelum projek landasan ini sampai ke sana.Seterusnya kami ke bandar proton meninjau kolej kediaman terbaru UPSI.Memang cantik kawasan itu.Aku juga di bawak oleh adikku melawat kilang proton yang hanya beroperasi 50% daripada kapasiti sebenar.Sedih juga melihat nasib kilang kereta nasional ini yang begitu gah tapi tidak dimanfaat sepenuhnya.Inilah yang terjadi bila orang politik bercaturan.Selepas menghantar adikku aku segera bertolak pulang. Aku menggunakan jalan biasa.Destinasiku seterusnya ialah Teluk Intan.Perjalanan jalan biasa tidak membosankan kerana di sajikan dengan pemandangan menarik.Akhirnya aku tiba di Teluk Intan.Dan hampir 15 tahun aku tak kesana.Kali terakhir aku kesana bersama arwah ibuku.Hati tiba tiba sayu mengenangkan disinilah kali tempat ibuku ditauliahkan sebagai bidan kerajaan dan tempat kerja pertamanya.Perjalanan diteruskan ke Kampung Gajah.Aku berhenti rehat dan makan tengahhari.Aku juga melawat pejabat pos Kampung Gajah.Terkenang cerita-cerita pengalaman Adlina salah seorang Pembantu Tadbir di BDM Hospital Penang berkenaan tempat kerjanya itu dahulu.Perjalanan diteruskan ke Kuala Kangsar melalui Bota Kanan dan Parit.Sepanjang Jalan aku lihat banyak tebing sungai Perak yang ditenggelami air.Mungkin kerana hujan lebat.Sesampainya di Kuala Kangsar aku melawat Muzium Kenangan yang sudah sekian lama ditutup untuk kerja baik pulih.Kemudiannya aku ke Galeri Sultan Azlan Shah meninjau kisah lama sultan perak.Seterusnya aku bersolat asar di Masjid Ubidiah sebelum bertolak balik ke Taiping.Dari Taiping aku ke selama dan menamatkan perjalanan ini di Mahang.huhu.Kira Le Tour Di Perak la
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Oct-2008 14:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Suatu Perkenalan
|
|
Dulu aku selalu mempertikaikan keupayaan medium pertemuan secara maya dapat menjalin silaturrahim dengan kerana melalui medium internet fakta boleh diseleweng dengan mudah.Dalam talian kita boleh menyamar menjadi siapa sahaja dan ayat ayat boleh disusun dengan indah untuk mengelirukan pihak di sana.Walaupun sebagai orang IT aku memang meragui cara ini.Namun semenjak kebelakangan ini aku semakin rajin menggunakan medium ini.Ada sesetengah kenalanku dalam Yahoo Messenger langsung aku tak pernah bertemu muka.Pada hari ini aku akan bertemu sekali lagi dengan Kakak Hayati yang lebih selesaku panggil Cikgu Aznida.Sebelum itu aku hanya bertemu dengannya di hospital dan rumahnya untuk membaiki laptopnya.Kali ini kami berjanji untuk bertemu di Low Yuat kerana dia ingin meminta aku menemaninya membeli sebuah kamera digital.Sepatutnya aku mengambilnya di rumah sewanya di Cheras tetapi kehadiran emaknya pada saat akhir menyebabkan kami terus ke Low Yuat dahulu.Aku dah adikku sibuk berjalan ke sana kemari untuk survey harga kamera dan juga membeli helikopter kawalan jauh buat hadiah adikku.Cikgu Aznida tiba tak lama kemudian.Adikku membawa kami ronda satu lowyuat bagi mendapatkan harga terbaik.Kesian juga aku lihat Cikgu Aznida terpaksa berjalan dalam kecederaan kakinya yang belum sembuh itu.Akhirnya kami mengambil keputusan untuk membeli kamera Olympus FE360 yang mendapat harga diskaun di sebuah booth dia tingkat bawah.Sayangnya warna hitam dan pink kehabisan oleh itu terpaksalah kami memilih warna silver sahaja.Kami terpaksa menunggu hampir sejam kerana penjual hanya membuka booth di situ tapi stok di simpan ditempat lain.Setelah selesai aku dan adikku menghantar Cikgu Aznida dan rakannya Ida kembali ke rumah sewa mereka di cheras.Kesian aku tengok cikgu yang keletihan.Sesampainya di situ kami memunggah beberapa barangan yang ingin Cikgu Aznida kirimkan kepadaku untuk dihantar pulang ke rumahnya di Kulim.Dalam perjalanan pulang adikku bertanya samaada dah lama aku mengenali cikgu aznida tapi sebenarnya kami lebih banyak berkenalan dalam internet dari dunia realiti.Hakikatnya dunia tanpa sempadan kini dah mendekatkan kita dengan ramai orang yang dahulunya dipisahkan oleh jarak.Cuma yang penting ialah keikhlasan dan tidak menipu dalam menjalinkan suatu perhubungan melalui medium ini.Apapun pertemuan kali ini boleh disimpulkan sebagai pertemuan 3 Az iaitu Azri, Azrul dan Aznida.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 18-Oct-2008 07:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Segulung Ijazah
|
|
Aku bertolak seorang diri ke Tanjung Malim pada petang Jumaat.Dek kerana bosan aku menunggu Kak Nani di Lunas.Kami berkonvoi bersama ke Selama Perak.Di situ aku menyerahkan pen dakwat emas yang dipesan kepada Kak Nani.Aku teruskan perjalananku ke Taiping menggunakan jalan Pondok Tanjung.Hujan turun dengan lebatnya.Aku agak kaget melihat beberapa buah kenderaan tewas oleh arus air di atas jalan.Alhamdulillah perjalananku selamat sampai ke Taiping.Dari Taiping aku meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar menggunakan jalan lama.Aku sampai di Kuala Kangsar dalam gemiris waktu maghrib.Perjalananku teruskan pula ke Sungai Siput melalui jalan Sayong-Ipoh.Hujan masih turun dengan lebat.Sesampainya di Bercham aku menghantar SMS hormat kepada Adlina yang kebetulan sedang bercuti waktu itu.Sambil memandu aku melayan SMS kepadanya.Cuma aku agak keliru dengan projek pembesaran susur keluar lebuhraya Ipoh menyebabkan aku tersasar dari simpang masuk ke lebuhraya.Aku terpaksa membuat pusingan U sebelum berjaya masuk ke lebuhraya.Perjalanan ke Tanjung Malim malam itu agak perlahan kerana hujan turun dengan sangat lebat.Di tengah perjalanan Cikgu Aznida menghantar SMS bertanya tentang perjalananku.Adlina pula begitu rajin membalas sms ku.Jadi perjalanan aku tidaklah terlalu sunyi.Aku berenti rehat dan makan di Tapah.Seterusnya aku keluar di Tol Keluar Behrang.Aku menghidupkan sistem GPS telefon bimbitku kerana adikku telah menandakan kedudukan rumah sewanya di dalam sistem tersebut.Nasibla sistem tersebut sangat tepat sehinggakan aku berenti betul betul di depan rumah sewa adik aku.Kagum juga aku dengan sistem tersebut.Esoknya kami bertolak awal ke UPM.Adik aku yang begitu arif dengan jalan ke sana menggunakan beberapa jalan pintas untuk ke sana.Kami sampai tepat pukul 7.30 pagi.Yang paling best kami berjaya dapat parkir yang begitu hampir dengan dewan utama istiadat konvokesyen.Selepas bersalaman dengan keluarga rakan adikku aku bergerak sendirian masuk ke dalam dewan.Suasana dewan begitu selesa kerana berhawa dingin.Aku duduk sendirian dengan seorang pakcik dari Kedah.Sepanjang majlis itu aku teruja melihat orkestra yang dimainkan oleh pemuzik UPM, tentera dan beberapa badan yang terlibat.Majlis pagi itu penuh istiadat kerana dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Tuanku Sultan Selangor sebagai canselor UPM.Majlis juga diserikan dengan penganugerahan Ijazah kehormat kepada Dr Surin iaiatu setiausaha ASEAN.Aku kagum dengan kepetahan Dr Surin berbahasa Inggeris begitu juga mendengar celoteh Dato Dr Zahid Hamidi yang mewakili Alumni UPM.Selesai majlis aku hanya mengikut adikku berjumpa dengan rakan rakanya.Memang meriah sungguh sidang konvokesyen pagi itu.Penuh istiadat dan penuh aktiviti.Apapun tahniah buat adikku Azrul yang kini menjadi tutor sambilan di Universiti Perguruan Sultan Idris.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 12-Oct-2008 17:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Kenangan Bahagian 4
|
|
Hari ini aku ke ADTEC seperti biasa.Hari agak kelam kerana hujan sudah turun semenjak pagi.Sesampai aku di sana cuma yati dan siti ja yang berada di kaunter.Barulah aku tahu yang Ida bercuti.Aku seperti biasa memulakan sedikit sebanyak tugasan sukarela aku disini.Yati agak sibuk ingin ke kenduri rumah Encik Syamsul.Mereka mengajak aku tetapi aku agak keberatan kerana aku baru saja datang dari sana.Sebenarnya rumah En.Syamsul dengan rumah aku cuma jaraknya lebih kurang 3 KM je.Kalau aku pandu balik rasanya macam buat keja dua kali la.hehe.Depa pada mulanya nak ke sana dengan kereta ADTEC tetapi dek kerana penuh akhirnya Falina menawarkan keretanya.Mereka beria ia mengajak aku tetapi aku agak keberatan kerana segan nak menyempitkan kereta.Yati menyuruhku bertanya kepada En Mahmud samaada dia mahu pergi atau tidak tetapi hasratku terbantut bila melihat En Mahmud tengah hilang Mood kerana ada bebudak kelasnya yang buat kurang ajar.Mereka sanggup kentut dengan kuat kemudian mentertawakannya.Aku tinggalkan En Mahmud yang moodnya memang tak baik haritu.Setelah meneliti kereta Falina akhirnya aku setuju untuk pergi.En Pickiry bertindak sebagai pemandu kerana aku memang malas nak memandu sebab malam ni aku akan memandu ke Pulau Pinang.Jadi aku berasa keletihan.huhu.Sesampai di sana aku dah En Pickiry di minta En.Syamsul untuk mengambil gambar dan video.En Pickiry mengambil video manakala aku pula mengambil gambar.
Mujurlah selesai saja penggambaran hujan turun dengan lebatnya,Aku dan En Pickiry tak tunggu lama sebab nak kena balik ke ADTEC walaupun En.Syamsul seakan berat nak suruh kami balik.Kira kami ni buat keja sekerat jalan la.Hehe.Tapi kami pun bidan terjun ja.Jadi sakat tu ja la bidan tak bertauliah ni boleh kasi khidmat.hehe....Apapun terima kasih Cik Falina sebab sponsor kenderaan..hehe.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 4-Oct-2008 22:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Suatu Pertemuan Kedua
|
 |
|
Gaya seorang pemimpin cherok tok kun
|
|
 |
|
Ni dok tunggu apa tau
|
|
 |
|
Sufi dengan posing manja
|
| | View all 16 photos... |
|
Kami dimaklumkan untuk berkumpul di rumah cikgu pada hari ini.Pada kali ini Sani yang menguruskan segalanya.Jadi aku dalam mood bersantai sahaja.Aku bangun awal dan sms wani, saf dan sufi bertanyakan tentang majlis tersebut.Tetapi masing masing memberikan jawapan yang berbeza.Aku kemudiannya menunggu mereka di hadapan sekolah.Kalau diikutkan janji pukul 10.30 pagi kami akan bertolak ke Kulim.Tapi bila jam menjengah pukul 11 kelibat sufi dan wani masih belum kelihatan.Safra pula telah bersedia menunggu kami di rumahnya.Kemudian aku ternampak kelibat wani dihantar seseorang ke rumah sufi.Sebelum itu aku menghubungi Azlan dan dia sudah dalam perjalanan ke rumah cikgu.Alhamdulillah perjalanan ke sana lancar tanpa sebarang masalah.Apabila kami sampai Azlan telah pun lama tiba.Yang menghairankan penganjur pun masih belum tiba.Kami mengisi masa dengan bersembang-sembang dan bertanya khabar.Tidak lama kemudian Sani dan Fizah tiba bersama anak mereka.Kemudian Lat dan Deen pula tiba.Lat tiba bersama kekasihnya.Kemudian Wan Fyzzul tiba menggamatkan keadaan.Tatkala kaum wanita sibuk menyediakan hidangan kaum lelaki sibuk bersembang.Aku pula sibuk mengambil gambar.Kadang kadang aku mengambil kesempatan untuk lepak di dapur.Oleh kerana ramai yang sudah beristeri dan sedang dalam proses ke arah itu , maka aku pun tak berenti di hujani soalan yang sama oleh cikgu,
Tapi aku menjawab tenang yang masih belum ada jodoh buatku.Cuma hati agak terusik dan kagum melihat kelibat makwe Lat yang begitu rajin.Walaupun cuma dia seorang di situ tapi dia tidak kekok untuk bercampur bersama kami.Jadi aku rasakan dia memang sesuai untuk Lat.Selepas makan di rumah cikgu kami ke rumah safra.Wan fyzzul mengikut.Seterusnya kami ke rumah Fizah Mad Noor.Tapi aku cuma berada sebentar di situ kerana aku telah berjanji dengan seseorang untuk bertemu pada malam itu.Hati berbunga bunga mengenangkan temujanji yang kami dah aturkan.hehe..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 3-Oct-2008 22:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Suatu Pertemuan
|
|
Hari ini aku baru balik dari hospital Pulau Pinang setelah berkampung hampir 2 hari di sana.Aku tidak tidur semalaman jadi selepas parkir kereta aku melelapkan mata seketika di bawah pokok di hadapan Hospital Seberang Jaya.Kemudian telefon bimbitku berdering dan apabila di angkat aku dimaklumkan bahawa komputer di wad 2 menghadapi masalah.Aku terus ke sana dan menyelesaikan masalah tersebut.Seterusnya aku ke SMKGP dan berehat di situ.Tak lama kemudian, Mahfuzah menelefon aku dan bertanya mengenai perjumpaan semula.Aku ceritakan serba sedikit tentang rancangan hari itu.Sebenarnya aku dah serahkan 100% aktiviti hari itu kepada Fizoh.Tapi tanpaku sangka Fizoh mengalami masalah untuk mengumpulkan mereka semua.Akhirnya setelah sejam menunggu ternampak kelibat sebuah kereta.Aku keluar dan dari jauh nampak Leh iaitu salah seorang rakan lamaku.Lama sungguh aku tidak berjumpa dengannya dan rupanya juga dan banyak berubah.Kemudian seorang demi seorang demi seorang tiba.Ari tiba bersama Azizi.Kemudian Azwani dan Sufi pula tiba.Wan tiba sejurus kemudian tetapi terpaksa pulang awal.Seterunya Anwar faiz datang dengan kereta barunya.
Seterusnya kami kerumah sufi setelah bosan menunggu.Kami di jamu dengan laksa special.Fizoh pula tiba sejurus sebelum kami ke rumah sufi.Suasana agak meriah walaupun rasa agak sedih kerana kedatangan tidak seperti yang di jangka.
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Sep-2008 21:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hayati Suatu Kesunyian
|
 |
|
Rakan Senasib.
|
|
 |
|
Kak Aeshah dengan Teh Herbanya
|
|
 |
|
Bincang Bincang Malam raya
|
|
|
Hatiku sayu beberapa hari sebelum raya.Entah kenapa aku lebih banyak termenung hinggakan Kak Aeshah menegur ku beberapa kali.Sangka Kak Aeshah aku dilamun cinta semenjak pulang dari Perlis.Tapi sebenarnya, hati aku seakan sedih tanpa sebab.Apabila raya menjelma pelbagai memori lama bermain-main di fikiranku.Kenangan bersama arwah Mak dan Tok juga sedikit sebanyak mengusik sudut sepi hati ini.Disamping itu kenangan bersama orang-orang tertentu dalam menyambut raya satu demi satu bermain difikiranku.Petang raya itu aku lihat Mak Tiriku, sibuk memasak dan mengarahkan ayahku menghantar juadah ke rumah saudara maranya.Ayahku pulak sibuk mengikut arahan.Anak anak mak tiriku sudah berkumpul dan sibuk untuk berbuka di situ.Kehadiranku di situ langsung tidak di endahkan oleh mereka.Aku bagaikan berada di dalam duniaku sendiri.Akhirnya aku mencapai kunci kereta dan bertolak ke Hospital Pulau Pinang.
Dalam perjalanan, aku menerima masej daripada Adlina menyatakan dia akan bermalam di sana malam itu.Zunaidi pula sibuk memintaku mencari lemang.Tapi aku sudah pun berada di atas jambatan.Adlina terpaksa bermalam di situ kerana takut bersendirian di rumah sewanya.Apabila sampai di sana aku terus berbuka puasa.Makanan telah pun di sediakan oleh Kak Ton.Aku bersyukur kerna di sini masih ada insan yang simpati dengan nasibku dan sudi menyediakan makan minumku di sini.Sebaik saja zunaidi tiba aku terus membasuh ayam untuk dibuat sup.Kemudian daging dan ayam tersebut di rebus sehingga empuk.Sambil sibuk di dapur membantu penyediaan sup tersebut, fikiranku seakan melayang mengenang memori lama.Betapa sunyinya hidup aku dan betapa tidak cerianya aku menyambut hari yang begitu dinanti oleh semua umat Islam di seluruh dunia ini.Entahlah.Kesunyian ini telah membunuh rasa ceria yang sudah sinonim dengan diriku.Biarlah aku terus bertopengkan senyuman dan lawak jenaka dan biarlah aku lindungi kesunyian ini..... Malam itu fikiranku terus menerawang.Masihkah ada sinar bahagia pada diriku ini yang sentiasa di temani kesunyian.?
|
|
|
|