Want your
own Fotopage?











 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 20-Dec-2008 16:37 Email | Share | | Bookmark
Hayati Keindahan Cameron Highland Hari Ke 2

Seawal pukul 5 pagi aku dah bangun.Suasana memang amat sejuk.Tambahan menarik bila air di bilik air adalah dari sungai berdekatan.Tak dak air panas.Mau tak mau terpaksala aku mandi juga walaupun macam nak pecah kepala aku rasa.huhu.Selesai mandi aku menuju tempat memasak.Masatu dah nampak Ida dengan Yati dah mula start nak masak untuk sarapan pagi.Dibantu beberapa orang peserta kami mula memasak.Oleh kerana kekurangan periuk, air lambat dimasak.Makanan juga lambat nak siap sebab terpaksa bergilir periuk.Last last lambat masak.Sampai bebudak semua dah bangkit, makanan baru nak siap.Nak selamat kami pun pack semua makanan tu untuk depa sarapan di ataih Gunung Brincang.Majlis pelepasan peserta dibuat oleh Pengarah ADTEC kulim iaitu Dr Rashid.Ekspedisi kali ini turut disertai beberapa orang peserta dari persatuan pendaki dan juga pelajar UiTM.

Bila semua dah naik tinggalla aku,Ida, Yati,Pengarah,Wife dan anak anak dia.Aku keluar ke pekan Brincang sat nak beli barang.Jalan punya la jem.Kalah jalan greenlane kat penang time petang.last last aku park kat stesen minyak brincang dan menapak ke mini market berdekatan.Balik kami terus memasak.Hampir tengah hari kami pakat risau sebab semua nasi yang kami masak mentah.Ida dengan yati sampai fedup dah nak masak nasi.Malu pun ada marah pun ada.Tambahan pula cuma tinggal kami bertiga ja yang kena masak.Bebudak sapa pun tak tunggu.Bila nasi pulak dok tak mau masak, rasa nak bebai sume dok ada.Dah tu dok cover sebab wife pengarah dok tanya.Jam dah tunjuk pukul 3 petang tapi muka depa pun tak nampak nampak.Mungkin Allah nak selamatkan kami.Kalau tak mampus la depa turun letih letih nasi tak dak.Mau kena maki dua tiga round.Last last segala usaha nak selamatkan nasi mentah tu tak berjaya.Kami pun buang la nasitu dalam tong sampah.Aku pula memberanikan diri untuk cuba memasak.Dengan bismillah dan doa aku memasak.Sementara dok tunggu kami dok sembang sembang sesama kami dan goreng telur.Pengarah dan wife pun pada mulanya join kami sembang.Lepas tu dia keluar ronda ronda dengan family dia.Lega sket rasa.hehe..Bila pengarah balik dia masuk ke dalam khemah.Tetiba dia berlari keluar dan bagi hp dia kat aku.Katanya En.At nak cakap.Aku off hp aku sebab nak save battery.En At minta aku pi ke kaki gunung brinchang.Katanya Hanani pengsan dan perlu di bawa ke Hospital.Patutla sampai pukul 5 tak nampak nampak muka depa.Aku bancuh air garam dan juga keluarkan stok panadol aku.Seterusnya bergegas ke Kaki Gunung.Sampai di sana kami mula mendaki tapi kereta aku tak mampu naik ke atas sebab jalan di situ hanya untuk kenderaan 4X4.En At berlari naik ke atas.Kami cuba buat pengusung tapi tiada bahan.Last last ada sorang bro tu dukung si Hanani turun ke bawah.Kami terus ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata.Hanani terus di masukkan ke wad.Hujan turun dengan lebatnya.Mujurlah pasangan pengantin baru iaitu Zani dah Dayah menemani kami di sana.Aku hantar zani ke hotel mengambil kasut dayah.Kemudian hantar kepadanya di hospital.Dia kena tunggu hanani.Oleh kerana proses pemulihan ambil masa lama kami tinggalkan dia dulu.Kami balik ke tapak khemah.Balik terus aku layan nasi sebab lapar gilos.huhu.Lepak lepak dengan depa.En At plak angin tak berapa baik sebab bebai dengan tukang masak.wawa..Last last aku sembang dengan pengarah dan wife dia.lebih kurang pukul 11.30 malam aku terus masuk ke dalam kereta.Masatula jumpa Dayah dan suami hantar nani balik.Aku terus lena sampai pagi.Malam ni aku selimut dengan tuala dan kain pelikat.Syok tidur.huhu.Apapun syukur sangat nasi masak cun cun.hehe..

Care to comment?


Friday, 19-Dec-2008 15:14 Email | Share | | Bookmark
Hayati Keindahan Cameron Highland Versi 1

Aku di ajak oleh En.Hatzari untuk sama sama join aktiviti Kelab Rekreasi ADTEC Kulim ke Cameron Highland.Aku diminta menjaga base camp bersama dengan beberapa orang staff ADTEC kulim yang ditugaskan untuk memasak.Pada mulanya aku ingin ke sana seorang diri tapi pada saat akhir Ida dan yati ingin juga turut serta di dalam kereta aku.Jadi ramai la sket perjalanan aku kali ini.Kami berkumpul di ADTEC kulim dan bertolak ke cameron menggunakan simpang pulai.Kami sampai di sana petang Jumaat.Aku menunggu Ida dan Yati membeli sayuran untuk dimasak pada hari tu.Kemudian aku dan ida keluar ke Tanah Rata untuk membeli beberapa barang keperluan.Selain mengambil barang aku juga membantu mereka memasak.Malam tu aku tidur di dalam kereta.Sejuknya bukan main.Mati mati aku ingat tidur dalam kereta panas tapi aku tersilap.Jadi menggigilla aku.So layan dulu 2,3 keping gambar hari pertama ni..



asik2 hayati....HAYATI mana pulak....
Kalau dapat peluang terus tekel saja, jangan nak pantun2 lagi...
nanti prust pulak....

Berok band nih kureng jugak di UTawar nih....
Kekadang laju gilerrrrr....
Nak wat camna sudah nasib....
Dapat baca mail pun jadilah.

Yahudi dan pengaruhnya ada di merata tempat....
Kalau nak bann Yahudi ada banyak cara lain bukan hanya dengan menghindari web....
betul tak....
Tue 10-Feb-2009 02:51
Posted by:mfouzi  - [Link]
monung jauh minah tu...

Entryku kali ini

Malam-malam memasang lukah
Berhati-hati ditengah jalan
Daku kembali mengatur langkah
Mengejar hari-hari yang jauh ketinggalan
Fri 20-Feb-2009 07:19
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
assalamualaikum bob, saya ni isteri Affendi.ingt x bob pernah ambik gambar kwin kami tahun lepas.gmbar sebelah lelaki yg dibuat di dewan putra.tp sampai sekarng x penh lagi saya tatap gmbr kwin saya tu. boleh x saya mintak jasa baik bob cuci gmbr 2 . nnti saya kasi duit. kalu bob xnak bob bg cd saya cuci sndiri. bob tetapkan lah harga utk perkhidmatan bob tu. saya x kisah brapa pn. yg penting saya dapat tgk gmbr kwin saya 2 sedih ni.. hehe.. Wed 11-Mar-2009 03:31
Posted by:aishaa aish_amsh@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Sunday, 14-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Hayati Perkahwinan Hanif dan Akma

 
 
 
View all 10 photos...
Hanif adalah sedara tiriku.Setelah hampir setahun bertunang akhirnya dia selama di satukan dengan kekasih hatinya Akma.Aku sebenarnya tak diberitahu awal tentang majlis kenduri mereka.Aku hanya tahu melalui adik aku.Tambahan pula aku balik dari kerja malam.Dengan tak malunya aku pun mengikut mereka sepanjang majlis untuk shoot beberapa keping gambar.Sebenarnya aku tak berapa ada mood nak shoot gambar kahwin dah.Ntah pasai pa..Apa apapun layan dulu..


Care to comment?


Sunday, 7-Dec-2008 19:18 Email | Share | | Bookmark
Hayati Cinta Norsyidah Dan Ruzaimi Di Santan Perlis

Lepas kena andam
Posing di Balcony Brasmana
Hai jeling jeling plak
View all 36 photos...
Pertama sekali aku ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi memberi komen membina apabila aku hasilkan entry tentang perkahwinan Norsyidah di Bayan Lepas.Kepada Cikgu Fouzi yang memberi dorongan dengan panjang lebar aku ucapkan ribuan terima kasih juga.Mungkin ada yang salah anggap aku menyukai seseorang tetapi tidak meluahkan tetapi sebenarnya menjadi orang gemuk ini banyak cabarannya.Hati sentiasa kena tahan hina,maki dan juga kata-kata sinis.Orang begitu mudah untuk melepaskan "geram" kepada orang gemuk atau tak handsome ini kerana mereka rasa tak rugi berbuat demikian.Walaupun ada orang lain yang kadangkala perbuatannya lebih menyakitkan hati, orang-orang seperti aku ini lebih mudah untuk dilepaskan "geram" kerana orang seperti aku tak mampu melawan.Entryku kali ini adalah berkenaan suatu kata-kata sinis yang membuatkan aku berdiri di dalam bidang fotografi.Kampung Santan Perlis mengimbau banyak kenangan kepadaku.Di sinilah buat pertama kalinya aku mengasah bakat sebagai juruvideo perkahwinan.Di sini lah juga aku menghasilkan video perkahwinan pertama aku yang durasinya menjangkau 1 jam siap dengan lagu dan efek.Disini jugalah aku mengenali jurukamera gambar still seterusnya memupuk semangat untuk memiliki DsLR.Dan di sini jugalah aku diperli oleh pengantin itu yang menyatakan dengan peralatan dan juga kemahiran yang aku milikinya hasilnya hanyalah layak untuk tontonan orang kampung sahaja.Dari kritikal tersebut maka lahirlah aku sebagai jurugambar orang kampung.Bagaikan booster aku bangun untuk menepis penghinaan itu.Dengan kuasa Allah,Norsyidah iaitu sahabat baikku ini telah bertemu jodoh dengan orang RPA Santan iaitu Cikgu Ruzaimi.Nak dijadikan cerita rumah Ruzaimi dengan rumah orang yang mengkritikku itu tidak jauh dari situ.Jadi aku kembali ke sini hari ini untuk membuktikan bahawa sebagai jurugambar orang kampung aku juga mampu berdiri sama tinggi dengan jurugambar lain.

Seawal pagi sabtu aku telah tiba di sini untuk mengambil gambar.Menariknya kali ini aku bukan sahaja mengambil gambar still tapi juga video.Syidah dan Ruzaimi di siapkan oleh mak andam di hotel Brasmana.Selepas itu kami terus bergegas ke RPA Santan.Aku agak cuak apabila melihat anak saudara Ruzaimi juga bersenjatakan Nikon D80 yang jauh lebih ampuh dari senjata aku.Namun aku teruskan juga tembakan.Tambah teruja bila aku mengetahui anak saudara Ruzaimi ini mendapat pendidikan formal dalam bidang seni foto ini.Majlis di RPA ini meriah walaupun dalam keadaan sederhana.

Sesi fotoshoot agak terganggu kerana pasangan pengantin juga terpaksa melayan rakan rakan dan saudara mara yang datang.Selepas mengambil gambar di beberapa tempat di rumah pengantin aku bergegas ke Padang Besar.Sengaja aku biarkan pengantin melayan tetamu yang hadir kerana aku merancang untuk sesi outdoor keesokkannya.Malam itu aku hanya melayan perasaan di Kuala Perlis seorang diri.Sebaik saja aku pulang ke tempat penginapan.Hujan turun mencurah curah.

Keesokkan harinya. Hujan masih juga begitu.Cuma kadangkala ia renyai renyai dan kadang kala lebat.Pada mulanya aku rasakan sesi outdoor tersebut terpaksa di batalkan tetapi setelah melihat kesungguhan pengantin aku tetap teruskan juga.Sesi pertama kami ialah di atas banjaran nakawan.Sesi ini dijalankan dalam hujan lebat.Mujurlah syidah dan ruzaimi pandai berposing.Aku pula sebelah tangan pegang payung sebelah lagi pegang kamera.Selepas itu kami ke ladang tebu dan sesi kali ini pun terganggu oleh hujan lebat.Tempat terakhir kami ialah di Tasik Melati.Penutup acara hari itu ialah sesi belanja makan oleh cikgu ruzaimi.Pada mulanya nak makan di restoran pokok sawa tapi tutup pula.Akhirnya setelah pusing pusing satu kangar kami ambil keputusan untuk makan di KFC.Apapun terima kasih kepada pasangan Ruzaimi dan Norsyidah.Moga Allah berkati kalian berdua dengan rahmat hingga akhir hayat.Rasanya tertebus juga maruahku di bumi santan perlis ini.

kena buat kad edaran nih.....for hire
apa tunggu lagiiiiiii
Fri 9-Jan-2009 04:52
Posted by:mfouzi  - [Link]
Add comment


Friday, 5-Dec-2008 21:51 Email | Share | | Bookmark
Hayati Kelahiran Yang Di Nanti

 
 
 

Azira adalah salah seorang sahabat baik aku.Banyak kisah suka duka dalam hidupnya dikongsi bersama aku.Sewaktu perkahwinannya akulah menjadi jurugambar rasmi mereka walaupun pada masa itu aku hanya berbekalkan kamera Fujifilm S3000 jenis prosumer dan bukannya DsLR.Suaminya shahril juga mudah dibawa bicara.Senang sekali bila aku berada dikalangan mereka berdua.Sayang sekali bila baby yang dikandungnya tahun lalu tapi meninggal setelah sehari dilahirkan.Selepas itu pula Azira mengidap penyakit kemurungan.Alhamdulillah dengan kuasa Allah Azira mengandung semula.Kali ini penjagaan diberikan sepenuhnya.Kadangkala bila ada kelapangan aku menasihatinya supaya sentiasa menjaga kesihatan diri dan juga membuat pemeriksaan berkala.Kalau dahulu dia tidak lalu makan dan boleh berpuasa penuh selama sebulan kali ini dia agak lalu untuk makan.Alhamdulillah bila kandungannya mencecah 9 bulan aku melawat dia dan suaminya di rumah baru mereka.Mungkin kerna rezeki anak ini, Shahril pula mendapat kerja tetap sebagai pengawal di USM Transkrian.Azira agak sedikit gementar apabila kandungannya mencecah hampir 10 bulan tetapi tiada tanda akan bersalin.Akhirnya pada suatu malam beberapa minggu yang lalu dia di masukkan ke hospital Taiping.Dia ditahan selama hampir 3 hari sebelum menjalani pembedahan.Alhamdulillah bayi comel ini selamat dilahirkan dan dia sekarang sedang berpantang di rumah ibunya di Kampung Parit Jawa.Sungai Bogak Bagan Serai.Tahniah buat Azira dan Shahril.Moga kehadiran si comel ini akan menceriakan lagi kalian berdua amin.


Salam,,,wah!cutenyer....tahniah Ira Fri 26-Dec-2008 05:06
Posted by:k.ina
NAma per BOB Fri 26-Dec-2008 08:22
Posted by:buNy syabani@gitn.com.my
ngee...comeynya...cam mak dia sebijik...tahniah k.ira... Fri 2-Jan-2009 02:48
Posted by:Nyna
View all 6 comments Add comment


Friday, 5-Dec-2008 10:06 Email | Share | | Bookmark
Hayati Suatu Pertukaran

saya mengucapkan selamat tinggal semua
Sila sila la makan
Isk awat En Azhar nak tinggalkan kami
View all 6 photos...
Encik Azhar ialah Penolong Pegawai Tadbir Hasil yang sebelum ini aku kenali semasa di Hospital Pulau Pinang.Sewaktu aku bertugas di sana di telah dinaikkan pangkat dan bertuakr ke Jabatan Pertahanan Awam Baling.Setelah beberapa ketika di sana dia bertukar pula ke Hospital Seberang Jaya.Sewaktu dia menjadi EO disini, aku berasa amat gembira di sini.Dia banyak membantu aku dan banyak menyokong aku dalam hal berkaitan kerja dan juga SPPD.Akibat tekanan berterusan daripada pihak pengurusan dia mengambil keputusan untuk berpindah.Akhirnya penantiannya berakhir apabila mendapat tawaran bertukar ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.Bila mendapat berita tentang pertukaran ini, semangat aku bagaikan hilang.Masa depan ku di HSJ semakin kelam.Selepas ini aku sudah tiada penyokong utama.Aku juga sudah tidak tahu berapa lama lagi aku mampu bertahan di situ..Moga ada harapan baru buat aku....

Care to comment?


Sunday, 23-Nov-2008 21:28 Email | Share | | Bookmark
Hayati Perkahwinan Anas Dan Hajar

Setelah seharian di rumah Mazlina hari ni pagi-pagi lagi aku dah dok bersiap untuk menembak di rumah Anas pula.Sebenarnya aku agak kecewa kerana tak dapat ke Majlis Akad nikahnya pada pagi kelmarin dan kenduri di rumah pengantin perempuan.Tambah terbakar lagi bila Papaiesz iaitu tok guru aku dok perangat kata depa buat outdoor kat pantai bersih kelmarin.Tapi apakan daya aku belah sana kawan belah sini pun kawan.Untuk adil aku pi la sorang sekali.Papaiesz tunggu aku kat petronas tanah liat.Aku lewat 15 minit sebab pada asalnya dimaklumkan majlis pukul 12.30.Tapi tiba tiba jadi awal plak.Sampai ja di sana Papaiesz mengeluarkan senjata senjata dia.Dia bawak balik full equipment.Hari tu dia pakai Canon 10D dengan lens kuda belang dengan Nikon 70s dia.Hari tu juga dia bagi aku pinjam lens wide angle 17-70mm yang berharga rm2500 lebih tu.Kira merasa la juga nak guna lens mahai.hehe.Kami just shoot sekitar majlis.Kadangkala aku guna lens murah 50mm aku.

Petang tu majlis berakhir agak lewat.Moral pula banyak kali down sebab pengantin terganggu dengan kehadiran saudara mara dan rakan rakan.Akhirnya dekat pukul 6 kami kid nap pengantin sat lalu dibawa ke Stesyen keretapi Bukit Mertajam.Papaiesz minta kebenaran ketua stesyen untuk shooting.Station Master plak kata OK tapi jangan hangpa dok main ataih rail ketapi dah la.hehe..maka kami pun shooting.Best la pula sebab ni la first time aku buat outdoor sambil diberi tunjuk ajar oleh orang yang belajar kamera ni.Petang tu kami lepak kat penanti sambil makan makan.Letih gila dok lari lari kat stesen tu..

untuk priview penuh silalah melawat FP milik pengantin di;
http://anashajar08.fotopages.com

saya dah terasa tak larat....makan PHARMATOleh tahan sikit.
Tau mana saya keluaran MPIK/STTI....
Wed 17-Dec-2008 16:10
Posted by:mfouzi
aku dah upload dah pic Wedding Dayah.. khas untuk hang. he he Mon 22-Dec-2008 00:20
Posted by:shahril shahrilmajid@hotmail.com  - [Link]
1.BAGUIIH..KEADILAN HARUS DIJAGA BAGI KEDUA2 BELAH PIHAK..HEHEH!!DISANA KAWAN DI SINI KAWAN..MACAM LAGU UKAY'S

2.GOOD JOB BRO(ANGLE CUN/DAH GEMPAK)..JANGAN JADI MCM AKU NI..KURANG KERAJINAN NAK DOWNLOAD DALAM FP NI..HEHEH ALMAKLUMLA..BUTA IT...
GAMBAR SEMUA CUN2..SANG PENGANTIN SEPERTI NAMA & GAMBAR DI ATAS PENUH TERSENYUM SAMPAI KETELINGA..HEHEH PUAS HATI KOT..
DOK SENYUM SAJA LEPAS CEK BAGI ALBUM TU......EHEHHEH..THANK YOU JUGA KAT HANG SEBAB MEMBANTU AKU..HEHEHE..DAN KALAU ADA KEKURANGAN PADA HARI TU..AMPUN2..HEHEHE..

3.LAGI SATU..SHOOTING KAT BAGAN AJAM MEMANG BEST..HEHEHE..NANTI AKU DOWNLOAD DALAM STORY ANAS..

4. TAMABAHAN LAGI, WEII JGN DOK PANGGIL AKU LAGU TU..HUHUU..AKU PUN MACM ANG JUGA..SAMA2 DOK BELAJAR PASAL FOTO..HEHEH..PENUH KEKURANGAN..2009 MASA HIBERNASI DAH TAMAT!!

5. JOM START PROJEK MUSIM BARU 1340

6. WASALAM..(NANTI KITA PI PEKENA SEAFOOD JURU : ADA ORANG BELANJAS)
Sun 4-Jan-2009 10:06
Posted by:aku4eisz kindoaiesz@hotmail.com
View all 8 comments Add comment


Sunday, 23-Nov-2008 20:37 Email | Share | | Bookmark
Hayati Perkahwinan Mazlina

hantaran
Pelamin Anganku
Pengantin Pompuan Tersenyum Mesra
View all 13 photos...

Sewaktu aku belajar di ADTEC Kulim dulu, Mazlina adalah salah seorang pelajar yang paling tua kerana dilahirkan pada tahun 1979.Sebenarnya liku kehidupan Mazlina agak panjang.Dia pernah memasuki Akademi Tentera Malaysia di Lumut tapi terpaksa berhenti awal kerana gagal dalam ujian semester akhir.Tapi semangatnya untuk belajar tidak pernah pudar dan meneruskan pengajian di ADTEC Kulim hingga berjaya.Sebagai seorang yang pernah menempuh latihan ketenteraan dia menjadi ketua kelas kepada batch dia.Mungkin kerana pengalamannya juga dia telah mendapat kerja sebagai pengurus angkatan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia di Kangar Perlis.Akhir teka teki mengenai siapa pakwe mazlina akhirnya terjawab apa bila dia memanggil ku ke kendurinya.Aku sampai agak lewat iaitu pukul 2 petang.Oleh kerana tak dak juru gambar aku sebagai jurugambar orang kampung menawarkan perkhidmatan.Maka kami pun mulakan photoshoot bila dah lewat petang.Aku suruh ja depa dua ni redah bendang dan nek beskal tepi bendang.sayangnya aku lupa nama husband dia.hehe.yang aku ingat husband dia ni orang felda Bukit Tangga.Lepas shoot aku dok tunggu Si wan aka sauber sampai.Pukul 6 lebih baru dia sampai.Apapun aku terharu bila waktu balik sauber bagi aku zakat.Thanks sauber

hai my friend, bukan penurus anggkatan tau....i hanya pegawai bahagian pengurusan angkatan je..He!he!apa pun thanks, cun gambar nie! Fri 26-Dec-2008 05:55
Posted by:k.ina
Add comment


Saturday, 15-Nov-2008 20:07 Email | Share | | Bookmark
Hayati Perkahwinan Siti Fairus Dan Wan

 
 
 
View all 12 photos...

Aku dijemput oleh Mat Not kawan baik aku ke kenduri adiknya.Adiknya bertemu jodoh dengan orang Melaka.Pada mulanya aku memang tak mau shoot sebab aku mungkin lewat sampai ke sana.Tapi pada minit terakhir aktiviti yang awal aku rancang dibatalkan jadi dapatlah aku sampai awal ke kampung Mat Not.Kampung Mat Not terletak di Gulau iaitu kawasan paling utara terletak di antara empangan Pedu dan Beris.Memang menarik acara kenduri di kampung ni,Paling menarik ialah hidangan Gulai Batang Pisang Hutan.Lembu pula ialah lembu liar yang dilepas ke dalam hutan.Kira orang Melaka makan sampai tambah la dua tiga kali.Sesi foto shoot dipermudahkan dengan tunjuk cara oleh chu merangkap bapa saudara pengantin.Petang tu aku berehat dirumah Ad sebelum malam tu kami menjamu selera dengan sup kaki lembu..huhu..

Care to comment?


Saturday, 8-Nov-2008 19:32 Email | Share | | Bookmark
Hayati Cinta Norsyidah Bahagian2

Amboi comey aih anak sapa ntah
Tu abg dok ushar tu
Cikgu Kontrol Handsome
View all 29 photos...
Sewaktu pertama kali menjejak kaki di Hospital Pulau Pinang, nama Norsyidah sering meniti di bibir jejaka di sini.Aku tak berkesempatan mengenalinya sehinggalah aku naik ke Unit Hasil untuk mencuci atau membaiki PC dan printer di situ.Bila di lihat dari jauh barulah aku tahu yang dia adalah seorang yang cantik dan lemah lembut.Ramai yang cuba memikatnya tetapi dia tetap setia kepada seseorang.Aku cuma berkesempatan mengenalinya dengan lebih dekat bila Unit Hasil di pindahkan ke bawah dan apabila berlaku suatu insiden yang diluar kawalan aku.Sudah menjadi tabiat aku mengkaji sifat dan hati budi gadis-gadis yang menjadi pujaan ramai.Mungkin ada yang salah anggap tapi oleh kerana aku dilahirkan gemuk dan tidak menarik, aku cuma ingin mengetahui adakah cantik itu ukuran untuk bahagia dalam hidup dan bercinta.Aku berterima kasih dengan syidah kerana sudi menjadikan aku sahabat baiknya dan berkongsi banyak kisah suka duka hidupnya.Aku juga rapat dengannya dan sering menceritakan segala masalah aku kepadanya.Aku sedih bila melihat dia yang begitu setia akhirnya dikecewakan oleh kekasihnya itu.Selepas itu ada yang cuba menghampiri tapi semuanya hanya untuk membuatkan Syidah menangis.Akhirnya setahun yang lalu sewaktu aku melawat ayah syidah di Hospital Pulau Pinang yang baru selesai menjalani pembedahan pintasan jantung, dia menceritakan yang dia kini bercinta dengan seorang jejaka dari Perlis.Walaupun jejaka ini lebih muda daripadanya, dia begitu mengambil berat.Dia memintaku merahsiakan perkara ini daripada pengetahuan orang ramai.Aku begitu gembira kerana diberi kepercayaan sedemikian rupa.Oleh kerana pemuda ini berasal dari sebuah kampung yang pertama kali mengambil video perkahwinan, aku menyuruh syidah bertanya kepada orang tersebut.Tapi takpa kusangka pertanyaan tersebut menyebabkan Syidah dibenci orang tersebut yang kebetulan sedang berkonflik dengan aku.Aku berasa begitu sedih dengan kejadian tersebut namun apalah dayaku untuk membantunya.Mujurlah hubungan persahabatan kami tidak terjejas kerana insiden itu.Aku berjanji kepada syidah untuk mengambil gambar hari bahagianya nanti jika mereka berdua di jodohkan.Alhamdulillah dalam suasana yang tertutup, syidah ditunangkan pada bulan februari 2008.Kemudian aku adalah orang pertama yang mengetahui tarikh keramat dia akan di satukan dengan Ruzaimi seorang pendidik berasal dari Santan, Perlis.Aku terharu bila kelmarin sewaktu ingin pulang Cikgu Ruzaimi mengiringiku hingga ke kereta.Aku bersyukur kerna Syidah ditemukan jodoh dengan Ruzaimi.Ruzaimi sebaya denganku tapi sikap happy go lucky yang ditunjukkan begitu menyenangkan diriku.

Sebenarnya sifat mempercayai aku dan menjadikan aku sebahagian dari kisah bahagia hidup seseorang inilah yang sangat aku dambakan dalam setiap persabahatan yang dibina.Namun ada yang mahu aku rapat dengan mereka tapi hanya berkongsi kisah duka denganku.Bila mereka bahagia, aku dilupakan atau langsung tidak mahu menceritakannya.Perkara seperti ini begitu menyentuh hati aku.Kadangkala mahu saja aku lari dari orang-orang seperti ini.Mungkin orang akan berkata aku ni kebudak budakan atau mengungkit tapi aku tidak boleh membohongi perasaan diri ini.Aku tak perlukan simpati atau cinta tapi cukup meletakkan diri yang tidak indah ini ditempat yang sepatutnya dalam hidup seseorang.Apabila hati ini menerima seseorang sebagai sahabat baik, orang itu haruslah bersedia untuk give and take, forgive and forget denganku.Buat masa ini sahabat-sahabat baikku yang sudah berpasangan atau berkahwin begitu rapat denganku begitu juga pasangan mereka.Sekadar menyebut beberapa nama seperti Azira dan Cain, Syidah dan Ruzaimi dan terbaru Sufi dan Shahar.Aku juga sedang menanti Safra mengenalkan pasangannya begitu juga seorang lagi sahabat baikku Azwani.Kepada semua di luar sana yang telah dan cuba rapat denganku.Bersediakan untuk berkongsi saat bahagia anda bersama saya.Kalau tidak bersedia dan cuba menyembunyikan dari diriku, percayalah tindakan anda itu melukakan saya dengan teruk sekali Kepada Norsyidah dan Ruzaimi.Terima kasih kerana menerima saya didalam hidup kalian berdua.Semoga hadiah dari saya itu dapat mengabdikan saat indah kalian berdua.Moga kita berjumpa lagi dalam edisi Hayati Cinta Norsyidah Versi Santan Perlis.

salam alaik...
Yap....saya sudah berpindah umah ke ULUTAWAR tetapi kali ini dengan isteri.

Hahah...dulu kata tak mau amik gambar kawin....karang apa dah jadi....kena cuba dulu. Azri ada skill...gunakan. Kamera pon baik...CANON dslr dan tak malu dibawa ke majlis.

Saya faham azri ada hati ngan_____ Mengapa tidak diluahkan.
Mengapa harus dinilai dengan diri sendiri yg ber kontour besar. Gemok bukannya buruk.
Dress up, jaga body language, watak dan peribadi lebih meyakinkan. Tunjukkan diri juga berkarisma seperti orang lain.
Saya pon gemok tetapi maseh mampu mencairkan hati orang....
Jangan anggap diri hodoh....itu akan merendahkan lagi esteem diri.
Build up ur carisme....
Hidup orang gemuk...macam kita...huhuhuhuhu
Sat 29-Nov-2008 23:43
Posted by:mfouzi
RE:GANTIU MARIA TENGKU BASRI ERK.. Mon 1-Dec-2008 08:01
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Tulah..kerana kasih seorang sahabat sampai shoot pon jatuh longkang..
berkawan biar seribu..berkasih biar satu..namun sahabat sejati sukar di cari...
Thu 11-Dec-2008 05:00
Posted by:mshafie shafie_81@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.