Want your
own Fotopage?








 
azri@bob fotopages
Jurugambar Orang Kampung
By: Mohd Azri Alias

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Dec-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Perkahwinan Adlina & Zaimal, Bercham Ipoh



Seawal pagi lagi aku dah bangun. Adlina ajak aku temankan dia pi makeup kat kedai Nasha. Oleh kerana semua orang sibuk aku kena temankan juga sebab kalau lambat takut lambat di makeup.Maklumkan kedai Nasha ni famous.Artis artis pun pernah dia makeup.Inilah rezeki jurusolek kalau berjaya andamkan sorang artis, mesti populariti dia akan terus meningkat.Sebaik aku sampai Ad adalah orang pertama.Lepas tu ada 2,3 orang pengantin lagi tiba.Tak berapa lama kemudian ada lagi yang tiba.Penuh bilik solek tu dengan barisan pengantin hampir 4 orang. Aku dok ushar sorang pengantin tu.Muka dia tak ubah dengan sorang akak yang pernah baik dengan aku. Den kerana bilik tu penuh dan nak ambil gambar pun tak boleh aku cakap kat Ad aku nak ronda pekan berhampiran. Sebenarnya aku nak beli buah limau tambun. Dek kerana aku tak tau aku terus ke medan Gopeng dan beli kat sana.Fuh satu biji buah limau tu dekat RM10.Aku tak jadi beli banyak.On the way nak balik aku berhenti di pekan Tambun bila aku nampak sebuah kedai buah.Bila aku tanya terkejut beruk bila buah yang saiz dia sama yang aku beli kat Gopeng tadi kat kedai tu dapat 3 biji dengan harga RM10. Dah tu buah jambu Tambun tak berbiji pula RM10 penuh satu plastik.Memang best.Lepas beli buah aku pi ambil Ad dan hantar ke rumah.Lepas tu tugas kami hanya menanti pengantin lelaki tiba. Rombongan tiba dekat pukul 1.Masatu hujan renyai renyai.Lepas sanding dan ambil gambar lebih kurang, kami keluar ke Taman Rekreasi Gunung Lang.Buat outdoor kat sana. Puas juga la shooting keliling taman tu.Kawasan pun cantik. Bila dan puas kami balik ke rumah. Sampai di rumah pekena pula makanan. Malam tu rancang nak keluar pekan Ipoh tapi tak jadi sebab masing masing tak larat dah nak jalan. Mak Adlina buat surprise dengan menghadiahkan kek untuk sesi potong kek malam tu.Tapi gambar aku tak taruk sini sebab agak seksi.hehehe

Add comment


Friday, 25-Dec-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Akad Nikah Adlina dan Zaimal

Baru ja beberapa hari pulang dari Ipoh aku kembali ke Ipoh di awal pagi cuti krismas itu.Aku rasa gembira sebab masa ni aku dah bekerja semula. Aku juga semakin menyesuaikan diri dengan tempat kerja aku walaupun aku berstatus sambilan. Sesampainya aku di Ipoh aku cuba mencari beberapa hotel budget untuk disewa tapi semuanya telah habis ditempah.Akhirnya aku mengambil keputusan menerima pelawaan Adlina untuk menginap di salah sebuah rumah yang telah disewa oleh ayahnya. Adlina ni dah macam adik aku sebab sangat baik dengan aku. Hari ini adalah hari bahagia dia sebab dia akan disatukan dengan buah hatinya.Walaupun sebelum ni dia pernah dikecewakan oleh kekasih yang lalu tapi kehadiran Zaimal berjaya mengubat kelukaan itu. Aku bersolat Jumaat di Masjid An Nur yang akan dilangsungkan majlis akad nikah itu. Selepas solat aku terus menuju ke kedai makeup. Kedai makeup ni rupanya adalah kedai make up yang bertanggungjawab menyolek Emelda Rosmila isteri kepada Adlin Aman Ramlie. Memang ramai juga pengantin petang tu.Selepas tu aku bergegas ke Masjid.Selepas solat asar majlis akad nikah dimulakan.Aku mula pening bila depan aku ada 4 pasangan pengantin diletakkan sekali termasuk Adlina.Mujur aku mendapat posisi yang agak menarik.Pun begitu susunan isteri dan suami yang tidak mengikut aturan menyukarkan penggambaran.Apapun majlis akad nikah berlangsung dengan sempurna.Aku juga berjaya mengambil beberapa shot menarik.Lepas tu kami pakat pi makan di rumah pengantin.Aku diberi sebuah bilik di sebuah rumah sewa homestay bersebelahan rumah adlina..


Add comment


Sunday, 20-Dec-2009 21:33 Email | Share | | Bookmark
Kuala Kangsar & Ipoh

Hari ni Cikgu Az dan adiknya Hayati mengajak aku berjalan jalan ke Kuala Kangsar. Memang aku ada janji nak ke sana.Tujuannya hanyalah untuk melihat kedai kain yang banyak di sana dan juga melihat suasana pekan Kuala Kangsar. Sampai ja di sana aku biarkan Az dan Hayati merayau melihat kedai kain dan sebagainya. Masa tengah tengok kedai menjual labu sayung aku terjumpa dengan Kak Zan dan sekeluarga.Mereka baru pulang dari mengambil anak mereka di Seri Iskandar. Aku cuba menghubungi adik angkatku Adlina untuk meninjau rumahnya di Ipoh. Ad yang bercuti untuk menguruskan perkahwinannya menjawab panggilan dan berjanji menunggu kami di Ipoh. Aku pun selepas itu memecut ke Ipoh.Kami sampai dekat maghrib.Berpandukan GPS aku berjaya menemui taman Ad.Selepas berkenal kenalan dengan keluarga Ad kami keluar ke tempat berdekatan untuk makan malam. Aku sebenarnya sedang meninjau rumah Ad kerana hujung minggu itu aku akan menjadi jurugambar perkahwinannya. Selepas makan makan kami pun beransur pulang.

Add comment


Wednesday, 9-Dec-2009 21:10 Email | Share | | Bookmark
Ke Bukit Bendera

Hari ini hari bekerja tapi aku ambil cuti rehat sehari.Sebabnya aku berjanji nak hantar Cikgu Az ke airport. Seawal pagi aku dah terpacak kat rumah dia.Aku ambil barang barang dia dan juga dia dan menuju ke Pulau Pinang.Memandangkan flight dia adalah lepas maghrib, dia bercadang mengajak aku ke Bukit Bendera.Sebenarnya aku pun dah lama tak naik Bukit Bendera.Kali terakhir aku naik bukit bendera ni masa sekolah menengah.Lepas tu walaupun dok bekerja di Penang aku tak pernah rasa nak naik atas tu. Sampai ja di Penang kami ambil sepupu cikgu Az kat Jelutong.Yala nak menemani.Takkan kami berdua ja kot.Tak manis kan. Sebaik sampai kat situ aku memang dah agak memang penuh dengan orang.Yala musim cuti sekolah.Tapi Cikgu Az ni memang nak naik juga Bukit Bendara jadi aku ikutkan ajala. Perjalanan naik hanya sekitar 45 minit.Tu pun terpaksa berasak dengan orang dalam keretapi bukit bendera. Sampai di atas tak ada lah apa yang menarik pun.Semuanya masih sama. Cuma aku kagum dok tengok Abang Arjuna dok photoshoot sepasang pengantin kat atas tu.Bayangkan depa boleh tahan naik ketapi dengan baju dan gaun Inggeris.Setelah puas berehat kami pun turun ke bawah.Bawak depa dua ronda sekitar Penang dan beli jeruk.Lepas tu hantar sepupu cikgu Az balik sebelum lepak di Mc D Tesco dan menikmati burger di situ.Dekat maghrib barulah aku hantar cikgu Az ke lapangan terbang. Dia nak ke sabah untuk kursus..


Add comment


Sunday, 29-Nov-2009 18:39 Email | Share | | Bookmark
Sepetang Di Pantai Murni

Masa dok shoot gambar Puan Ida aku terima SMS dari Cikgu Az.Dia minta aku ambil dia dan adiknya si Yati di rumah Lang depa di Yan.Depa nak minta aku hantarkan depa balik ke Kulim.Memandangkan aku dok kot sebelah tu jadi aku pun setujula. Tapi hari tu aku balik ikut jalan kampung.So perjalanan tu jadi lambat la sikit.Bila aku sampai di Yan dah hampir Maghrib. Memang jadi satu kelaziman aku, bila bertandang ke Yan aku akan balik ikut jalan kampung iaitu melalui Tanjung Jaga seterusnya ke Singkir dan Merbok.Aku suka pemandangan petang di kawasan ni yang terletak di tepi laut.Memang cantik.Aku cukup teruja dengan keindahan laut walaupun pantainya tak boleh mandi sebab berlumpur. Sebaik aku mengambil dua beradik ni depa ajak pi pantai murni.Depa belanja makan.Alhamdulillah, murah rezeki..


Add comment


Sunday, 29-Nov-2009 18:08 Email | Share | | Bookmark
Selamat Pengantin Baru Puan Ida

Puan Ida atau nama penuhnya Nursyamsyida adalah Penolong Pegawai Tadbir yang menggantikan En.Azhar di Unit Hasil Hospital Seberang Jaya. Aku tak sempat berkhidmat lama dengan dia sebab tak sampai sebulan dia bertugas aku pula dah habis kontrak di sana. Aku cuma sempat bercakap dengan dia beberapa kali. Entah macam mana ada orang bagitau dia yang aku ni boleh la sikit sikit bab design grafik ni. Masa aku dok dalam pengangguran dia minta aku design kad kenduri dia.Memang pelik sikit kad kenduri dia sebab tak mengikut cara kebiasaan.Apapun dalam menghasilkan kad kenduri dia aku belajar banyak benda dalam Illustrator yang jarang aku gunakan. Lega dapat hasilkan kad kenduri dia.Tambah rasa puas bila aku dapat tengok hasil kad kenduri yang aku design. Masa hari kenduri sebelah dia, ada seorang kawan baik dia datang menjadi official photog.Aku cuma tengok dan ikuti ja sesi shooting indoor. Tak lama lepas tu dia call dan minta tolong aku shoot masa kenduri rumah husband dia sebab jurufoto tu tak dapat datang. Dalam rasa berat hati aku pun setuju la..Jadi bidan terjun ni kadangkala best juga.Aku malas nak jadi official sebab aku dah malas nak gaduh dengan orang. Pada hari yang ditetapkan aku pun menunggu seawal pagi di kedai andaman di Bertam.Aku pun shoot la apa yang patut..

Lepas kedua dua pengantin di makeup depa berkumpul di rumah sewa Pn Ida di Bertam.Suami Pn.Ida ni En Hafiz seorang yang sporting.Sesuai dengan tugas dia sebagai jurulatih PLKN di Langkawi. Aku memecut ke Pendang sorang sorang.Aku tunggu di Tol Pendang sebab aku tak tau kat mana rumah pengantin.Dekat 2 jam barula depa semua sampai.Masa di rumah keja shooting aku dipermudahkan dengan bantuan Fahmi salah seorang Pembantu Tadbir yang bekerja di bawah Pn Ida.Dia bawak satu set majalah pengantin dan minta Puan Ida dan suami berposing. Shah juga menemani kami hari itu. Kami buat cepat cepat sesi photshoot kat rumah..sebab nak buat outdoor pulak.

Sesi outdoor mulanya kami buat di Pendang Lake Resort.Suami Pn Ida panggil dua tiga orang kawan baik dia yang ada vespa.Pinjam Vespa depa untuk sesi photoshoot.Memang best la.Romantik semua ada.Tapi sesi outdoor kami terbantut bila ada kawan kawan baik Hafiz dan Ida ni mai.Yala depa kan satu U jadi ramai la yang bertandang belah lelaki juga.So kami pun balik awal..

Memandangkan petang masih muda kami sambung sesi photoshoot luar.Kali ni kami cuma buat kat dalam hutan getah kat depan umah pengantin ja.Rupanya aksi dalam ni lebih best.hehehe.

Add comment


Monday, 9-Nov-2009 18:53 Email | Share | | Bookmark
Maafkanku Wahai Sahabat

Tentu ramai tertanya mengapa aku tidak mahu membuat business mengambil gambar pengantin dan sebagainya.Puas juga aku terpaksa terangkan tiap kali ada yang merayu aku mengambil gambar hari bahagia mereka. Ramai juga tak percaya dan menganggap yang aku hanya mereka alasan atau aku ni jual mahal.Sebenarnya semuanya kerana album di bawah. Pada mulanya aku buntu nak berikan hadiah yang terbaik kepada sahabat baik saya. Saya nak hadiahkan pakej gaun pengantin tapi dia tak mahu.Akhirnya saya bercadang nak hadiahkan costume album yang saya design sendiri.Ini adalah kali pertama saya menghasilkan costume album. Kalau upah jurugambar pro mau terbang RM1.2 K juga. Nak menghasilkan album jenis ni saya terpaksa belajar.Tanya orang itu dan tanya orang ini.Dari KL sampai la ke Johor saya bertanya dan belajar.Memang ianya mengambil masa yang lama.Saya mau berikan yang terbaik.Tapi sayangnya, sahabat saya ini sudah pun merajuk.Mungkin dia anggap saya sengaja melengahkan penghasilannya.Dia tidak lagi bercakap dengan saya.Bahkan yang paling menyedihkan tiap kali bertembung dengan dia, dia buat seolah tidak mengenali saya.Hati terasa amatlah pedih.Pelbagai usaha saya buat untuk membetulkan keadaan semuanya tidak lagi berhasil. Akhirnya saya pasrah.Bila album ni siap.Saya meminta jasa baik adik angkat saya untuk menyerahkan kepada sahabat saya ini.Saya serahkan album ini pada hari ulangtahun pertama perkahwinan sahabat saya itu.Ya saya memang teruk kerana mengambil masa setahun untuk menyiapkan "masterpiece" saya itu.Apapun saya puas kerana semuanya adalah hasil nukilan ikhlas hati saya ini.Saban hari saya berdoa semoga suatu hari nanti dia bisa memaafkan saya...

Add comment


Saturday, 7-Nov-2009 18:00 Email | Share | | Bookmark
Bersama Pengantin Baru


Hari ini aku berkesempatan untuk berjumpa semula dengan pengantin baru iaitu anakanda Safra dan suaminya Khairul. Bertempat di Radix Fried Chicken kami bertemu.Aku agak terlambat sampai sebab nak kena belikan kamera digital kepada salah seorang sahabat aku yang datang jauh dari Sik Kedah. Bila berjumpa Safra dan suaminya aku hanya menyerahkan DVD gambar yang dah siap aku edit colornya. Depa berdua tak dapat bersembang lama dengan aku sebab ada aktiviti keluarga yang perlu dihadiri.Sempat juga aku tengok hasil kerja jurukamera yang telah di upah oleh keluarga Mertua Safra.Selepas mengucapkan selamat tinggal aku ke kedai nasi kandar berhampiran dan berjumpa dengan sahabat aku yang dah lama menunggu di situ bersama orang kampungnya..Bila malam baru aku bertolak balik ke rumah...

Add comment


Saturday, 24-Oct-2009 15:01 Email | Share | | Bookmark
Pertemuan Semula

Dalam entry lepas saya ada ceritakan yang Suami Safra adalah Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Kehakiman Syariah.Dia ni kira bos kepada En.Ariff salah seorang bekas lecturer saya yang amat rapat dengan saya waktu dia bertugas di ADTEC Kulim dulu.En Ariff ni dulu adalah pensyarah sambilan di ADTEC Kulim.Kerajaan telah hantar beliau ke UK semata mata untuk mendalami ilmu bidang teknikal.Sayangnya apabila balik ke Malaysia kerajaan tak serap mereka dalam kerajaan.Ianya sesuatu yang amat sia sia.En.Ariff menjadi pensyarah sambilan hampir 5 tahun.Tapi saya amat respect beliau sebab walaupun sambilan beliau berani ambil risiko dengan berkahwin dan membeli kereta.Yala dengan gaji yang flat tanpa kenaikan ianya adalah satu keputusan yang berani.Setelah berusaha beberapa tahun rezeki menyebelahi beliau.Dia ditawarkan sebagai Penolong Pegawai IT.Kalau diikutkan dia sepatutnya menjadi Penolong Pegawai Latihan Vokasional tapi rezeki ke arah tu takdak.Bukan tu saja perkara ini menunjukkan betapa pincangnya jentera kerajaan Malaysia.Bayangkan beratus ribu dihabiskan untuk menghantar pelajar teknikal belajar di luar negara tapi akhirnya kerja tidak diberikan kepada mereka. Nak kata tak da kekosongan setiap tahun ada kemasukkan baru.Saya tak nak mengulas panjang.Berbalik kepada cerita En Ariff.Sebaik dapat jadi F29 dia ditempatkan di Parlimen Malaysia.Masatula saya dok jadi transporter dia.Hantar dan ambil dia dari stesyen bas sebab masatu wife dia masih kerja di sini dan wife dia pula kurang cekap memandu.Akhirnya wife dia dapat bertukar ke putrajaya.Dia pun memohon pertukaran dari Parlimen ke Ibu Pejabat Kehakiman Syariah. Putrajaya.Sejak bertukar ke sana ini lah kali pertama aku berjumpa dia kembali di Pulau Pinang.Sebelum ni saya pernah berjumpa dia di kampung isterinya di Kampung Gajah Perak..Dia datang temankan isteri dia yang memberi ceramah kepada sekumpulan wanita di bangunan PERKESO Seberang Jaya.Kami pakat berkumpul di rumah bekas pengasuh anaknya sambil menyambut hari lahir anaknya.Pertemuan ini amatlah bermakna buat kami sebab entah bila pula kami akan berjumpa lagi.

Add comment


Sunday, 18-Oct-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Dari Cheruk Tok Kun Ke Sungai Petani

Seawal pagi lagi saya dah bersiap siap nak ke Sungai Petani.Memandangkan Sungai Petani dengan rumah saya cuma 20 minit jadi saya ambil keputusan untuk gunakan motosikal saja.Tambahan pula saya tak berapa tau kat mana rumah si Khairil ni jadi dengan bermotosikal lebih mudah sebab kalau sesat boleh patah balik. Saya rasa tak tension sangat sebab pengantin lelaki dah pun assign jurugambar lain untuk majlis ni.Saya cuma ambil side side jer.Pengantin tiba agak lewat jadi sempat la saya bersolat Zuhur dahulu kat masjid taman tu.Kebetulan Masjid berada di depan jalan keluar rumah pengantin.Lepas boring lepak saya bersembang sembang dengan jurukamera yang di telah di upah keluarga sebelah lelaki.Rupanya isteri jurugambar berkenaan pemilik butik di mana mereka sewa baju pengantin.Syok juga sembang dengan dia.Dia ni engineer di salah sebuah kilang di Kulim. Dekat pukul 3 baru pengantin sampai.Kami pun start shoot.Aku just ambil gambar sipi sipi ja.Yang tak bestnya dalam bilik tidur siling dia serap cahaya.Jadi gambar yang diambil tak cukup cahaya.Pukul 4.30 petang saya minta diri sebab nak ke hospital Sultan Abdul Halim.Saya berjumpa dengan En.Azhar yang dah lama saya tak jumpa.Amat letih saya rasakan tapi lega semuanya selesai dengan mudah..Apapun selamat pengantin baru buat Safra.Moga kekal hingga akhir hayat...


Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com